Kisah Bagaimana Nak Servis Aircond Kereta Anda?

Posted: August 8, 2010 in WSW

Pernah tak korang rasa aircond korang tiba-tiba kurang sejuk berbanding biasa atau ada bau yang kurang menyenangkan? Kalau pernah ini bermakna sudah tiba masanya untuk korang servis aircond kereta korang. Kos nak servis aircond bukan murah. Tapi ini tak bermakna korang tak boleh buat sendiri, apa yang aku nak kongsikan & ajar di sini ialah cara yang mudah, cepat & free untuk servis aircond kereta.
Tetapi haruslah diingati, ia bukan major servis ia hanyalah minor servis yang lebih kepada monthly maintenance. Untuk sebarang masalah yang serius, sila rujuk di pusat servis yang berhampiran.

Untuk kali ini subjek yang akan aku gunakan ialah kereta aku sendiri iaitu Satria Neo H-line. Teknik ini boleh diaplikasikan kepada Gen-2 & Persona juga kerana ia menggunakan modul air cond yang sama. Tetapi hanya untuk model full spec sahaja, kerana ada yang bagitau aku yang Neo Lite (neo basic spec) menggunakan filter aircond kertas, so camne nak cuci? Gen-2 atau Persona aku kurang pasti. Sila check sendiri ya?

Langkah 1: Pergi ke bawah dashboard bahagian co-pilot.

IMAG0205

Langkah 2: Cari bahagian yang aku tandakan dengan warna putih tu dekat bawah dashboard.

IMAG0211

 

Langkah 3: Tanggalkan bahagian itu dengan berhati-hati. Kalau patah aku tak tanggung!

IMAG0210

Langkah 4:  Bila dah tanggal, korang akan nampak ade satu plastik duduk kat dalam. Itu lah filter aircond korang. Tarik ia perlahan-lahan, ingat kalau patah atau filter koyak aku tak tanggung.

IMAG0207

Langkah 5: Bila dah tanggal, macam ni lah rupa filter aircond korang, comel kan? So lepas ni pergi lah basuh dengan air sabun pastu spray2 lah sikit minyak wangi kat filter tu. Supaya bila dah pasang balik, comfirm semerbak je bau die.

IMAG0206

Langkah 6: Lepas filter korang dah bersih, kering & wangi, pasang balik macam mana cara korang bukak tadi.

Mudah kan? ni kalau hantar kedai ntah brape lah kene, padahal tak sampai 10 minit pon & boleh dibuat sendiri. Filter ni hendaklah dijaga dengan elok sebab harga dia agak mahal. Dulu member aku yang pakai Grand Livina nak tukar filter kertas dia kepada filter plastik macam kat atas tu kene charge RM120. Gilo plastik bodoh tu je sampai seratus lebih.

Selamat mencuba!

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan.

About these ads
Comments
  1. kawe says:

    Ambo nak tanya demo. Apa beza air filter kereta dengan filter aircond kereta? Benda ni sama ke?

    • muserella says:

      Enche Kawe, Air Filter kereta dengan Filter Aircond adalah benda yang berbeza. Air Filter kereta untuk menapis udara yang masuk ke enjin, Filter Aircond untuk menapis udara aircond yang masuk ke dalam cockpit kereta. :)

  2. […] Kisah Bagaimana Nak Servis Aircond Kereta Anda? August 2010 2 comments 3 […]

  3. hadizain says:

    terima kasih lah….saya pelik jugak..kenapa persona saya belum setahun pakai aircond tak sejuk.dahlah sekarang musim panas.bila saya buka air filter untuk air tu..terperanjat saya..patutlah tak sejuk selama ni..rupanya pasal berkeladak..sampaikan tersumbat.terima kasih sekali lagi

  4. Muserella says:

    same2 bro.. just sharing ilmu yang tak seberapa..

  5. Makasih mus, baru ja lepas cuci :)

  6. wanniey says:

    kalau untuk saga blm, leh guna cara ni tak?

  7. jem says:

    kipas a/c tak brhenti setelah engine di off kan (kereta Gen 2}) apa sebab

    • Muserella says:

      Sila rujuk dengan pusat servis yang berhampiran.. :p saya ni kerja opis je, mana la pandai sgt nak bagi jawapan based on spekulasi..nanti salah jawap kene beduk plak. hehe..

  8. jaki jipang says:

    apa kabar.kalu kereta myvi 2010 mcmana pulak?pakai kertas ke plastik?

    • Muserella says:

      Khabar baik bro.. saya tak pernah ada Myvi so impossible saya nak jawab soalan bro. Tapi kalau Viva 850 saya tau memang pakai kertas sebab saya dah pernah cuci..

      Kalau bro dapati filter Myvi bro tu kertas, boleh je cuci pakai vacuum cleaner.. tapi pandai-pandai lah nak sedut macam mana, salah sedut saya tak bertanggung jawab. :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s