Archive for July, 2010

Kisah Sebuah Permainan

Posted: July 31, 2010 in Life

Seorang sahabat lama aku buat post dekat Facebook dia berbunyi begini, “aku agak sedih bila mengenangkan yang kanak-kanak kini dah tak reti nak main gasing macam mana kita selalu main dulu”.

Betul jugak ape yang member aku katakan tu, sebabnya sekarang ni memang payah kita nak tengok kanak-kanak terutamanya dari kawasan bandar yang bermain permainan tradisional yang sering kita mainkan sewaktu dahulu. Bila ditanya, (ini berdasarkan kisah benar) “Adik tau main gasing tak?” Dengan selamba budak tu jawab kat aku. “Gasing tu ape bang?” Memang aku rase nak sodok je dengan forklift aku. Bila ditanya apa yang dilakukan pada waktu petang? Playstation..

Masih aku teringat masa aku kecik dulu, bila tiba musim layang-layang (aku dulu Champion layang-layang Kem Sg Besi) semua main layang-layang sampai habis bergulung-gulung benang jahit mak aku. Bila tiba musim gasing semua main gasing..macam-macam musim ada, guli lah..rounders lah..baling selipar lah..galah panjang lah..cakap jer, hampir semua ada. Perkara yang sama berlaku pada kedai-kedai runcit, bila tiba musim gasing semua kedai jual gasing..haha memang manis kenangan tu.

Memang seronok masa kecik dulu, tapi segalanya macam pantas berlalu. Aku pun sedih jugak bila terkenang anak-anak sekarang sudah melupakan semua itu..Zaman semakin maju begitu juga pemikiran & permainan kanak kanak. Aku harap nanti anak aku paling kurang pun boleh main gasing..pasti dekat sekolah dia lah paling popular masa tu. LOL!

 

-pen off-

Kisah Suatu Hari Yang Mandom

Posted: July 30, 2010 in Life

Hari ni memang hari yang paling mandom dalam hidup aku..boleh pulak masuk kerja hari ni internet tak boleh buka apa-apa..tapi nak hantar email company boleh pulak. Nampak sangat IT Department kat F****e tu dah block internet kitorang. Dengki yang amat sangat.

Dah ar 80% dari kerja gua memang bergantung pada Google..hah hambik ko nak block sangat, habis segala macam game gua install dalam PC aku tu. Dari pagi sampai jam 6 gua main game Crayon & lukis-lukis kat MS Paint (siyes mandom gile)

mandom

pen off

Kisah Satu Bilik Darjah

Posted: July 30, 2010 in Buddies

Hari ni aku masuk opis macam biasa aku check notification FB kat email aku, Abdul Razak Azman have tagged you on a photo.. aku pun klik lah link tu. Dengan sabar aku tunggu gambar tu load, hahaha~ aku tergelak sorang-sorang. Rupa-rupanya tu gambar kelas aku masa aku tingkatan tiga dekat SMK Sungai Besi dulu tahun 2000.

Sudah 10 tahun beb gambar tu, seorang demi seorang aku belek tengok muka kawan-kawan aku. Paling aku tak boleh blah ialah gamba aku..wakaka! Ni kalau Cik Miramy nampak comfirm dia gelak guling-guling..

Pastu aku pon klik lah seorang demi seorang nama member aku yang di tagged kat gambar tu. Bila profile semua dah load, aku tengok ada yang dah berubah, ada yang takde apa-apa perubahan, & ada yang dah jadi bapak budak dah pun. Masing-masing dah berjaya & hidup bahagia (sebab aku tak jumpa pon yang letak gambar profile muka tgh sedih). Semua yang ada dekat situ semua aku add..terimaka kasih lah aku ucapkan kepada Ajak & FB sebab menyatukan balik sirraturahim yang dah 10 tahun terputus. Serius memang aku dah lama cuba cari balik member-member sekolah aku dulu..akhirnya jumpa juga.

Harap-harap satu hari nanti aku dilapangkan masa untuk berjumpa dengan mereka semua.. =)

-pen off-

Kisah Enche WSW: Babak 1

Posted: July 30, 2010 in WSW
  • Front Strut Bar
  • Rear Anti-Roll Bar
  • 4-2-1 Exhaust System
  • Polished Throttle Body
  • Bendix Metal King Brake Pad
  • Proton R3 Aluminum Gear Knob
  • M7 10W-40 Super Street SM-CF Engine Oil
  • Denso Iridium IT20
  • Stainless Steel Air Filter
  • Adjustable Fuel Regulator
  • Adjustable Cam Gear

Wish List gua

  • Pro RS Steel Braided Brake Hose
  • Bridgestone Potenza RE001 205-45-R16
  • Haltech Platinum Sprint 500

Still far to go to achieve my dream..

Kisah Satu Suara

Posted: July 30, 2010 in Global

Baru-baru ni aku ada baca pasal review kereta terbaru dari Honda yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia, Honda Freed. Sebuah MPV kompak premium..buat pertama kali aku dengar term ni.

Korang tau tak model kereta apakah yang mempopularkan siri MPV dalam pasaran Malaysia? Ya, betul tu..jawapanya ialah Avanza. Kalau dulu MPV ni langsung tak dipandang, dicemuh (Proton Juara) tapi bila Avanza keluar boleh laku pulak..alasannya murah & besar.

Tapi itu dulu semasa zaman permulaan MPV mula dipandang tinggi, sekarang untuk pasaran tempatan dalam kategori non-lokal Nissan Grand Livina menjadi pilihan, untuk kategori lokal Proton Exora manakala untuk kategori mengaku-lokal jatuh kepada Perodua Alza.

Untuk pengetahuan korang MPV seperti Avanza, Innova, Grand Livina & Freed hanya di jual kepada negara kelas ketiga. Apa yang nak dibanggakan sangat? Kepada mereka yang memiliki kereta di atas dan selama ini mencemuh mereka yang memiliki kereta tempatan, sedarlah di mana kamu berpijak. Ini adalah kerana MPV kesayangan anda adalah sampah sahaja di negara asal mereka. Begitu juga nasib sama yang menimpa Mitsubishi Lancer GT & Honda Civic FD2-R, tak laku di negara asal mereka. Mitsubishi memberi platform Lancer kepada Proton dengan alasan membantu R&D, manakala Honda berhentikan production FD2-R dengan alasan “we want to produce green car”.. Kalau tak laku cakap je lah tak laku.

Kalau korang pergi ke area Wangsa Maju tu bersepah-sepah Vellfire, Estima & Wish yang tengah buat inspection untuk pasaran tempatan. Aku pun hairan kenapa rakyat kita ni sanggup menghabiskan beratus ribu untuk memiliki kereta recond yang takde warranty kilang tu?

Itulah akibatnya bila rakyat kita lebih terpengaruh dengan kemewahan dan tidak ada pandangan yang meluas tentang apa yang dibeli. Inilah hasilnya jika kita asyik disajikan dengan Halimah Jongang & Misteri Nusantara. Dokumentari di siaran TV swasta susah betul nk jumpa..harapkan Majalah 3, TV1 & TV2 sahaja. Aku bukan nak cakap aku pandai atau bijak, aku pon bodoh gak. Tapi aku lagi suka kalau lagi ramai orang yang bijak-bijak ada di luar sana membincangkan bagaimana untuk memajukan negara kita. Bukan asyik berdebat mengatakan pihak mana yang menyebarkan fitnah atau pihak mana yang menjadi Raja Korupsi. Aku sedih bila anak-anak muda kita lebih mengenali Mawi & Shahir berbanding Tun Sri Lanang atau Datu Patinggi Ali..

Andai kata apa yang aku coretkan ni sampai kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa, jangan lah jadikan anak-anak anda mangsa kepada korupsi media kita. Gunakan lah sumber yang ada sepenuhnya untuk mendidik anak-anak kita. Di internet ada banyak ilmu yang tersimpan..gunakan lah ia dengan sebaiknya.

Ingatlah Korea Selatan  dianggap negara maju tetapi di atas jalan raya mereka memang susah korang nak jumpa kereta lain melainkan Kia & Hyundai yang kita anggap sampah itu. Sebuah negara maju bukan diukur dengan berapa banyak kereta import atau MPV import di atas jalan raya kita. Tetapi diukur dengan berapa ramai rakyat kita yang mengenali & mencintai bangsa kita sendiri & tahu tentang nilai sejarah kita.

-pen off-

The Saga Begins

Posted: July 30, 2010 in Global

Hari ini tanggal 22 Mei 2010, setelah sekian lama aku asyik membaca blog orang lain, akhirnya aku bukak blog aku sendiri. Tapi sepatah haram aku tak reti nak guna menatang blogger nih. Nampak macam senang sahaja, tetapi hakikatnya semuanya terlalu kompleks buat aku. Kan bagus kalau aku mampu hired seorang setiausaha untuk menaip blog untuk aku. Ah! Lantaklah..aku bedal saja. Asal aku boleh baca balik ape yang aku taip dekat sini pun dah cukup baik..