Kisah Satu Suara

Posted: July 30, 2010 in Global

Baru-baru ni aku ada baca pasal review kereta terbaru dari Honda yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia, Honda Freed. Sebuah MPV kompak premium..buat pertama kali aku dengar term ni.

Korang tau tak model kereta apakah yang mempopularkan siri MPV dalam pasaran Malaysia? Ya, betul tu..jawapanya ialah Avanza. Kalau dulu MPV ni langsung tak dipandang, dicemuh (Proton Juara) tapi bila Avanza keluar boleh laku pulak..alasannya murah & besar.

Tapi itu dulu semasa zaman permulaan MPV mula dipandang tinggi, sekarang untuk pasaran tempatan dalam kategori non-lokal Nissan Grand Livina menjadi pilihan, untuk kategori lokal Proton Exora manakala untuk kategori mengaku-lokal jatuh kepada Perodua Alza.

Untuk pengetahuan korang MPV seperti Avanza, Innova, Grand Livina & Freed hanya di jual kepada negara kelas ketiga. Apa yang nak dibanggakan sangat? Kepada mereka yang memiliki kereta di atas dan selama ini mencemuh mereka yang memiliki kereta tempatan, sedarlah di mana kamu berpijak. Ini adalah kerana MPV kesayangan anda adalah sampah sahaja di negara asal mereka. Begitu juga nasib sama yang menimpa Mitsubishi Lancer GT & Honda Civic FD2-R, tak laku di negara asal mereka. Mitsubishi memberi platform Lancer kepada Proton dengan alasan membantu R&D, manakala Honda berhentikan production FD2-R dengan alasan “we want to produce green car”.. Kalau tak laku cakap je lah tak laku.

Kalau korang pergi ke area Wangsa Maju tu bersepah-sepah Vellfire, Estima & Wish yang tengah buat inspection untuk pasaran tempatan. Aku pun hairan kenapa rakyat kita ni sanggup menghabiskan beratus ribu untuk memiliki kereta recond yang takde warranty kilang tu?

Itulah akibatnya bila rakyat kita lebih terpengaruh dengan kemewahan dan tidak ada pandangan yang meluas tentang apa yang dibeli. Inilah hasilnya jika kita asyik disajikan dengan Halimah Jongang & Misteri Nusantara. Dokumentari di siaran TV swasta susah betul nk jumpa..harapkan Majalah 3, TV1 & TV2 sahaja. Aku bukan nak cakap aku pandai atau bijak, aku pon bodoh gak. Tapi aku lagi suka kalau lagi ramai orang yang bijak-bijak ada di luar sana membincangkan bagaimana untuk memajukan negara kita. Bukan asyik berdebat mengatakan pihak mana yang menyebarkan fitnah atau pihak mana yang menjadi Raja Korupsi. Aku sedih bila anak-anak muda kita lebih mengenali Mawi & Shahir berbanding Tun Sri Lanang atau Datu Patinggi Ali..

Andai kata apa yang aku coretkan ni sampai kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa, jangan lah jadikan anak-anak anda mangsa kepada korupsi media kita. Gunakan lah sumber yang ada sepenuhnya untuk mendidik anak-anak kita. Di internet ada banyak ilmu yang tersimpan..gunakan lah ia dengan sebaiknya.

Ingatlah Korea Selatan  dianggap negara maju tetapi di atas jalan raya mereka memang susah korang nak jumpa kereta lain melainkan Kia & Hyundai yang kita anggap sampah itu. Sebuah negara maju bukan diukur dengan berapa banyak kereta import atau MPV import di atas jalan raya kita. Tetapi diukur dengan berapa ramai rakyat kita yang mengenali & mencintai bangsa kita sendiri & tahu tentang nilai sejarah kita.

-pen off-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s