Archive for August, 2010

Salam Ramadhan 1431 Hijrah,

Berikut adalah perkara-perkara tang sangat menguji kesabaran aku di Bulan Ramadhan kali ini.

  • Lebuh Raya Pasir Gudang
  • Supplier
  • Baazar Ramadhan Taman Rinting
  • Phone HTC
  • Pintu pejabat
  • Spring belakang motor Khir
  • Internet lembab
  • Maybank2U
  • Wallet
  • Seluar jeans lambat kering
  • Profile photo FB N**x Haj**l
  • Asam Pedas Brillance Corner

remain unknown

Setakat hari ini, alhamdulillah puasa aku belum ade yang terkantoi..

-pen off-

Ini adalah cetak berkomputer, tandatangan tidak diperlukan.

Advertisements

Kisah Sebuah Perspektif

Posted: August 22, 2010 in Global

Baru-baru ini tentu ada yang perasan tentang kehadiran satu video rakaman suara yang berkisarkan tenang konflik hubungan antara dua insan. Ia dirakam dari sebuah stesen radio tempatan dari slot “Brader Lurve” (Abang Cinta) di mana kononnya watak Brade Lurve ini akan cuba untuk menyelesaikan masalah percintaan pendengar stesen mereka.

Hendak dijadikan cerita, seorang pendengar bernama Samad telah mengadu kepada Brader Lurve mengenai masalah tunangnya yang mahukan perpisahan atas alasan kebendaan atau lebih mudah jika disebut materialistik.

Untuk memudahkan lagi bicara aku di sini, aku selitkan link video itu di sini supaya anda semua boleh mendengar atas tujuan ikhtibar dan bukan sama sekali untuk tujuan mengaibkan, menghina atau menjatuhkan maruah seseorang.

Tentu ada yang marah meluap-luap pabila mendengar kata-kata si Cheryl tunang kepasa Samad itu. Kata-katanya yang pedas dan tajam tidak putus-putus menghina pekerjaan Samad sebagai seorang Penjual Burger. Jika dilihat dari komen-komen para pendengar yang lain tidak pernah lekang dengan cacian yang ditujukan kepada Cheryl terutamanya dari pihak lelaki.

Tetapi tujuan aku karang tulisan ini bukan untuk memberi komen, menghukum sesorang, apatah lagi meluahkan emosi negatif kepada Cheryl dengan kekunci keyboard. Tapi niat aku lebih kepada memberi peluang kepada rakan-rakan pembaca blog aku untuk melihat semua ini dari perspektif yang berbeza. Ini adalah kerana Allah S.W.T telah menciptakan dunia manusia ini dengan sempurana sekali dari pelbagai sudut dan perspektif. Allah bukan sahaja menciptakan langit dan bumi untuk kita, tetapi diturunkan Adam dan Hawa ke bumi untuk dijadikan khalifah di bumi dan mewarnakan corak kehidupan dunia dari pelbagai perspektif.

Begitu juga apa yang terjadi dalam kes ini Cheryl dan Samad ini, pernahkah kita melihat apa yang berlaku diantara mereka dari perspektif yang lain? Apakah yang akan kita katakan atau luahkan jika kita ini adalah ibu atau bapa kepada Cheryl? Apakah yang kita akan katakan atau luahkan jika kita ini adalah Cheryl sendiri? Semua orang pandai menghukum dengan kata-kata, terutamanya menghukum mereka dari sebelah pihak. Aku bukan hendak memihak kepada Cheryl kerana aku pun tidak mahu perkara ini berlaku kepada diri aku sendiri apatah lagi berjumpa dengan insan seperti itu.

Tugas kita sebagai pembaca, pendengar dan pemerhati bukan untuk menghukum sesiapa dalam kisah ini. Kita tidak kenal siapa Cheryl atau Samad dari hujung rambut ke hujung kaki. Jadi tidak adil kepada mereka untuk kita menghukum mereka jika kita tidak mengetahui asal usul konflik ini. Kita serahkan sahaja kerja menghukum ini kepada Allah S.W.T kerana Dialah yang Maha Adil. Pesan Nabi juga jangan lah dilupakan, “Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik, dan begitu juga sebaliknya”. Tugas kita hanyalah untuk menjadikan perkara ini sebagai ikhtibar dan ingatan kepada diri sendiri supaya ia tidak berlaku kepada diri kita mahupun insan yang kita kasihi.

Andai benar Cheryl yang bersalah maka telah ditetapkan balasan untuk dia suatu hari nanti, dan Samad pula andai benar dia ditindas semoga Allah akan memurahkan rezekinya suatu hari nanti, Dan andai kata semua sketsa ini adalah lakonan semata-mata dari pihak stesen radio yang mengarah drama sekadar untuk menaikan rating pendengar..lu pikirlah sendiri.

P/S: korang tak pelik ke Cheryl Samad?

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tanda tangan tidak diperlukan.

RENUNGAN SEJENAK SEMPENA RAMADHAN ALMUBARAK

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?
Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?
Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.
Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh
malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia.”
Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSESNYA KEJADIANNYA:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya
hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna
kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.
Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan
sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :
Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah”
yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”. Oleh kerana itu jika
orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap
sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
(Dipetik dari buku HIMPUNAN KISAH-KISAH MALAIKAT disusun oleh Muhammad Isa Selamat)
RENUNGAN
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada AllahLah kita akan
dikembalikan.
Wallahualam

pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan

(dipetik dari forum satrianeocrews.com)

Kisah Avatar: The Last Airbender

Posted: August 8, 2010 in Global

1. Apsal Appa & Momo tak comel?
2. Sokka kulit cerah?
3. Zuko kulit gelap?
4. Iroh kurus?
5. Katara selekeh?
6. Ang serius 24 jam macam ade masalah ng Ah Long??
7. Fire Lord Ozai rambut pendek?
8. Terlalu banyak gerakan badan, mcm tgh tgk cerita Step Up plak..
9. Saya terlelap seketika semasa babak ikan dibunuh..huhu. (sorry Miramy)

Apa-apa pun Earthbending die gempak..tu saya suka!

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan.

Kisah Aku Nak Balik Kampung: Babak 1

Posted: August 6, 2010 in Life

6 Ogos 2010, aku akan pulang ke kampung halaman yang merupakan sebuah bandar kerana di situ agak mustahil untuk korang mendengar bunyi-bunyi unggas mahupun ayam berkokok.

Sebelum balik macam-macam aku dah senaraikan & rancang, aku cuti sampai 11 Ogos pulak tu. Wah dah lama tak cuti macam ni lama. Disebabkan cuti agak lama,  akan aku pastikan setiap masa aku akan guna sepenuhnya.

  • 7 Ogos – Servis kereta @ Dori-dori, Date sambut birthday Cik Miramy tercinta, lepak dengan kawan-kawan.
  • 8 Ogos – Aku ingat nak ajak Firdaus a.k.a Mizta dari SNC pergi layan touge dekat Kuala Kelawang ke.. (TBC)
  • 9 Ogos – Rehat, aku nak lepak je kat umah, cuci keta, clay, polish..bla bla bla. Malam nak pergi tgk Cuci The Musical 2.
  • 10 Ogos – Rehat jugak.
  • 11 Ogos – Lagi rehat dari semalam, puasa mah! Lepas berbuka dengan family terus gerak balik Pasir Gudang.

 

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan

Kisah Enche WSW: Babak 2

Posted: August 2, 2010 in WSW

Oh~ akhirnya setelah 23 ribu kilometer roda Enche WSW berputar, aku telah menjumpai kombinasi minyak petrol & minyak hitam yang paling harmoni dengan nadi penggerak Enche WSW. Setelah bermacam-macam kombinasi yang aku cuba tetapi hasilnya memang tidak mampu menandingi formula kali ini (buat masa ini). Aku kongsikan dengan semua pembaca blog aku yang aku hargai sangat-sangat.

Kombinasi yang aku maksudkan ialah:

S4PH-CPS + Caltex Ron 95 petrol + M7 10W-40 Fully Synthetic engine oil = Harmony & Peaceful.

Hasilnya memang ketara sekali, apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah betapa smooth nya enjin semasa Enche WSW meluncur di jalan raya.

Untuk pengetahuan semua, Enche WSW dijana oleh kuasa enjin Campro S4PH-CPS yang amat cerewet dengan penggunaan minyak enjin mahupun petrol. Pada mulanya dah macam-macam minyak petrol yang aku cuba untuk puaskan dahaga Enche WSW aku, dari Shell V-Power, Shell 95, BHP, Petronas, Esso/Mobil & Caltex. Berikut adalah testimonial aku terhadap jenama-jenama minyak petrol yang sudah aku cuba.

      • Shell V-Power: Minyak yang pertama aku isi dalam tangki Enche WSW = sangat parak, cepat betul habis.
      • Shell 95: Boleh lah, aku takde rasa apa-apa yang berbeza. Mungkin sebab dah biasa tuang dekat Kancil mak aku dulu.
      • BHP: Performance wise memang ada peningkatan, pick up tu ada sikit rasa. Fuel efficiency bagus.
      • Petronas: Performance normal, Fuel efficiency sangat bagus.
      • Esso/Mobil: Aku jarang sebenarnya isi minyak ni, sebab susah nak jumpa dekat area aku tinggal. Tapi Performance normal, Fuel efficiency normal.
      • Caltex: Performance & fuel efficency aku belum cuba lagi, tapi level of smoothness dia memang yang terbaik. Aku akan update bila aku berjalan jauh pulang ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Apa rahsia yang ada pada minyak Caltex ni? Aku selidik punya selidik, rupa-rupanya jawapan dia ada pada formula Techron. Apa itu Techron? lain kali lah aku kupaskan. Kalau rajin, korang Google je..

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan

Kisah Satu Senario: Babak 1

Posted: August 1, 2010 in Global

Ketika awal tahun

Enche A: Wah..besarnya kereta kau. Berapa harga nih?

Enche B: Alah..120K je.

Enche A: Fuh! (mesti besar gaji dia nih)

Ketika hujung tahun

Enche A: Dah hujung tahun ni, berapa roadtax & insuran kereta kau?

Enche B: RM2500..puu~ (T..T)

Enche A: Pergh!! (pokai lah lu)

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan.