Kisah Sebuah Perspektif

Posted: August 22, 2010 in Global

Baru-baru ini tentu ada yang perasan tentang kehadiran satu video rakaman suara yang berkisarkan tenang konflik hubungan antara dua insan. Ia dirakam dari sebuah stesen radio tempatan dari slot “Brader Lurve” (Abang Cinta) di mana kononnya watak Brade Lurve ini akan cuba untuk menyelesaikan masalah percintaan pendengar stesen mereka.

Hendak dijadikan cerita, seorang pendengar bernama Samad telah mengadu kepada Brader Lurve mengenai masalah tunangnya yang mahukan perpisahan atas alasan kebendaan atau lebih mudah jika disebut materialistik.

Untuk memudahkan lagi bicara aku di sini, aku selitkan link video itu di sini supaya anda semua boleh mendengar atas tujuan ikhtibar dan bukan sama sekali untuk tujuan mengaibkan, menghina atau menjatuhkan maruah seseorang.

Tentu ada yang marah meluap-luap pabila mendengar kata-kata si Cheryl tunang kepasa Samad itu. Kata-katanya yang pedas dan tajam tidak putus-putus menghina pekerjaan Samad sebagai seorang Penjual Burger. Jika dilihat dari komen-komen para pendengar yang lain tidak pernah lekang dengan cacian yang ditujukan kepada Cheryl terutamanya dari pihak lelaki.

Tetapi tujuan aku karang tulisan ini bukan untuk memberi komen, menghukum sesorang, apatah lagi meluahkan emosi negatif kepada Cheryl dengan kekunci keyboard. Tapi niat aku lebih kepada memberi peluang kepada rakan-rakan pembaca blog aku untuk melihat semua ini dari perspektif yang berbeza. Ini adalah kerana Allah S.W.T telah menciptakan dunia manusia ini dengan sempurana sekali dari pelbagai sudut dan perspektif. Allah bukan sahaja menciptakan langit dan bumi untuk kita, tetapi diturunkan Adam dan Hawa ke bumi untuk dijadikan khalifah di bumi dan mewarnakan corak kehidupan dunia dari pelbagai perspektif.

Begitu juga apa yang terjadi dalam kes ini Cheryl dan Samad ini, pernahkah kita melihat apa yang berlaku diantara mereka dari perspektif yang lain? Apakah yang akan kita katakan atau luahkan jika kita ini adalah ibu atau bapa kepada Cheryl? Apakah yang kita akan katakan atau luahkan jika kita ini adalah Cheryl sendiri? Semua orang pandai menghukum dengan kata-kata, terutamanya menghukum mereka dari sebelah pihak. Aku bukan hendak memihak kepada Cheryl kerana aku pun tidak mahu perkara ini berlaku kepada diri aku sendiri apatah lagi berjumpa dengan insan seperti itu.

Tugas kita sebagai pembaca, pendengar dan pemerhati bukan untuk menghukum sesiapa dalam kisah ini. Kita tidak kenal siapa Cheryl atau Samad dari hujung rambut ke hujung kaki. Jadi tidak adil kepada mereka untuk kita menghukum mereka jika kita tidak mengetahui asal usul konflik ini. Kita serahkan sahaja kerja menghukum ini kepada Allah S.W.T kerana Dialah yang Maha Adil. Pesan Nabi juga jangan lah dilupakan, “Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik, dan begitu juga sebaliknya”. Tugas kita hanyalah untuk menjadikan perkara ini sebagai ikhtibar dan ingatan kepada diri sendiri supaya ia tidak berlaku kepada diri kita mahupun insan yang kita kasihi.

Andai benar Cheryl yang bersalah maka telah ditetapkan balasan untuk dia suatu hari nanti, dan Samad pula andai benar dia ditindas semoga Allah akan memurahkan rezekinya suatu hari nanti, Dan andai kata semua sketsa ini adalah lakonan semata-mata dari pihak stesen radio yang mengarah drama sekadar untuk menaikan rating pendengar..lu pikirlah sendiri.

P/S: korang tak pelik ke Cheryl Samad?

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tanda tangan tidak diperlukan.

Advertisements
Comments
  1. hidayah says:

    Bro.. yup..setuju sgt2 dengan pendapat ko.. we never know what happen between their relationship.. kita tak tahu apa yang jadi sebelum samad call station radio.. kita tak tahu macam mana perjalan cinta dia.. & kita tak boleh judge siapa salah siapa betul based on 5 minutes recording…

    Mungkin juga cheryl salah..

    or.. maybe jugak.. dia dah usaha untuk pujuk samad untuk berubah for their future…

    tapi aku setuju dengan apa yg cheryl cakap.. zaman sekarang ni.. semua kene guna duit..

    untuk aku.. kerja jual burger tak salah.. tak hina.. tapi kau kene ada future plan.. & daripada cara cheryl tu bercakap.. aku rasa dia ala-ala yg biasa hidup senang.. so, samad sepatutnya dah fikir awal2 either dia mampu or tak nak layan kerenah cheryl…

    And last sekali.. sgt tidak baik beritahu kisah & konflik cinta kau kat radio.. sangat2 tidak baik okeyh.. what ever happen sekalipun.. plz.. plz.. plz.. settle kan personally..

    (aku ni dah la main terjah je blog org..pastu komen panjang2)

  2. muserella says:

    Hehe..thanks for replying. Anyway blog masihtidakdiketahui (RU) ni memang dicipta supaya kita boleh berdiskusi tentang apa sahaja topik asalkan ia tidak bercanggah dengan tata tertip & agama. Komen panjang2 pun xpe.. 😀

    itu aku setuju, setel sendiri-sendiri sudah..hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s