Kisah Satu Titik Noktah

Posted: September 6, 2010 in Global
Tags: , , ,

Salam kepada semua pembaca, lagi tiga hari kita semua akan meninggalkan Bulan Ramadhan yang mulia dan Bulan Syawal akan tiba dan disambut dengan meriahnya dengan gelak tawa anak-anak kecil di samping ibu bapa dan orang tua yang menanti kepulangan anak anak mereka di kampung halaman.

Di dalam keseronokan kita janganlah dilupa pada mereka yang kurang daya dan kemampuan untuk menyambut Aildilfitri. Tetapi masih ada lagi satu perkara ramai yang seperti endah tak endah, keselamatan di jalan raya. Tidak perlu aku rasa untuk aku kupas panjang-panjang mengenai topik keselamatan ini kerana sekiranya anda boleh membaca tulisan aku ini maka anda tergolong di dalam golongan yang bijak pandai kalau tak pandai tak kan lah boleh bukak blog ni kan?

Di Malaysia, kadar kematian surprisingly meningkat ketika menjelang sahaja musim perayaan. Ops Sikap dah masuk kali yang ke 22, jalan raya dah semakin maju, kereta pun semakin moden, anggota penguat kuasa di sana-sini dan kadar saman on the spot RM300, semua itu masih tidak mampu mengurangkan kadar kematian di jalan raya, kenapa? Semalam sahaja (5 september 2010) 23 orang terbunuh pada hari kedua Ops Sikap 22. Pada aku mentality kita masih rendah dan masih belum maju jika diukur dari segi pemikiran. Seorang tokoh negara kita ada mengatakan “Saya boleh ubah kemajuan Malaysia, tetapi saya tidak boleh mengubah pemikiran rakyat Malaysia”. Memang betul apa yang dikatakan itu, cuba lihat di website Paultan.org, asal ada sahaja topik mengenai kenderaan tempatan tidak sampai 10 minit, beratus-ratus komen yang mengutuk & menghina produk tempatan, tapi cuba jika topik mengenai kereta luar yang di-upload, memang susah nak dapat jumlah komen sebanyak itu dan majoritinya memuji. Jadi cuba ukur di manakah diri kita?

Kali ni aku nak cerita pasal apa yang bermain di dalam fikiran aku semenjak dua menjak ni..KEMATIAN. Bunyi macam menakutkan tapi aku nak sulam topik ni dengan Facebook. Masa aku cerita pasal ni dekat kawan-kawan, ada yang sound..”apa lah ko ni! ade ke fikir pasal FB plak masa mati. Amalan dah cukup ke nak mati nih?” Jawapan aku mudah, perlu ke aku cerita kat ko atau kat semua orang perkara yang kita semua dah tau dan di didik dari kecil apa itu Sakaratul Maut? Dan ada ke orang yang rasa diri dia dah cukup amalan dan berkata “Ok, amalan aku dah cukup. Please take my life now.” The point is, please be creative and think outside the box for one time.

Jadi apa kene mengena FB dengan kematian? Persoalannya, pernah tak korang semua terfikir kalau korang dah takde nanti apa yang akan jadi dengan akaun FB korang? Atau lebih tepat apa yang akan ditulis oleh rakan-rakan dekat wall kita. Adakah kita akan dikenang? Adakah yang akan bersedih? Adakah yang sampai buat satu page khas untuk korang sempena kematian korang? atau ada yang gembira dan tak kisah pun korang dah arwah?

Sempena Aidilfitri yang akan tiba, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua insan yang aku cintai, Mama, Ayah, Adik-adik ku, Amira cinta hati ku, sahabat handai dan semua pembaca-pembaca di RU. Pandulah kenderaan dengan berhati-hati di musim perayaan ini dan ingatilah orang yang kita sayangi.

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer. Tandatangan tidak diperlukan

Advertisements
Comments
  1. muserella says:

    The content have been revised on 7th Sept 2010. Thanks Miramy for your comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s