Kisah Mari Mencuci Kereta: Part 2!!

Posted: October 4, 2010 in Global

Ya semua, kita sambung kembali topik kita. The next phase of mencuci kereta iaitu, CLAYING.

Step 2: Claying

Apo ko bondo tu Claying?

Clay dalam bahasa omputeh ialah tanah liat. “Tanah Liat” ni kita akan gunakan dia untuk menggosok permukaan kereta supaya menjadi silky smooth..notice the word Silky? Yup, memang sehalus sutera & selicin kulit bayi.

Tapi kenapa kena gosok dengan Clay?

Kalau korang nak tau, surface kereta kita nampak je flat. Tapi hakikatnya tidak, ia menggerutu. Tak kira kereta tu baru 1 hari keluar show room atau pun dah bertahun usianya. Ia macam jari kita, dari jauh nampak macam jari (tak kan nampak macam senduk kot?) tapi pandang dekat baru nampak cap jari kita. Cuba pegang minyak hitam atau gris, mesti ada sisa-sisa minyak yang melekat kat cap jari. Ha! camtu gak dengan surface kereta, sebenarnya ada berjuta partikel-partikel halus yang melekat di celah-celah kegerutuan surface itu. So, kalau nak buang kotoran mikro ni caranya ialah dengan menarik ia keluar dengan menatang Clay ni lah. You got what I mean? hehe~

Camne rupa Clay ni?

WSW 014PG Wonder Clay No. 2 / RM28.00 @ Jusco 

Tu ha kat atas tu, bentuk lebih kurang macam bar sabun je. Ada yang murah & ada yang mahal. Yang aku pakai kat atas tu adalah yang paling murah sekali, ada yang sampai beratus ringgit pun ada..gilo~ Benda kecik je tapi mahal gila. Tapi kalau pandai guna memang boleh tahan lama. Aku dah pakai hampir setahun, tak habis-habis lagi.

Macam mana nak guna?

Yes! The most exciting parts. Okay, mula-mula sebelum guna korang kena pastikan yang kereta betul-betul bersih & bebas dari pasir & habuk. Jika tidak, Clay ni akan bertukar menjadi kertas pasir yang akan menjahanamkan kete korang jika digosok atas permukaan yang kotor..

Sebelum gosok, potong kecik-kecik dulu. Agak-agak sebesar duit 50 sen (tu pun dah besar tau?) Sebab apa? Supaya masa tengah syok layan gosok tiba-tiba Clay tu jatuh ke lantai/tanah..SERIOUSLY buang terus! Jangan pakai balik sebab pasir dah melekat kat Clay tu, xkan korang nak gosok gak? Sebab tu lah kena potong kecik-kecik, supaya tak rugi sangat kalau jatuh.

WSW 015

Pastikan surface keta basah & Clay pun basah supaya kerja menggosok lebih mudah. Jangan gosok dicermin, sungguh tidak bagus! Ia hanya untuk body keta je. Owh lupa plak, sebelum gosok tu, korang gosokkan dulu tapak tangan kat body kete, amik feel dulu rasa macam mana keadaan sebelum di Clay kan..pastu baru mula gosok dengan hati yang cekal & tabah. Sebab apa? Untuk kereta bersaiz sub-compact macam Enche WSW, ia mengambil masa hampir 4 jam!! Siyes tak tipu, sebab tu nak buat hati kena tenang, pasang radio, air oren stanby, phone letak jauh-jauh untuk elakkan gangguan emosi ketika Claying. Haha!

4 hours of hard job memang mendatangkan hasil yang sungguh memuaskan! Rasa macam nak jilat je keta tu. Smooth beb! Silky Smooth seperti yang dijanjikan. Bukan sahaja smooth, malah kereta lebih bersinar2 sebab apa yang tinggal hanyalah lapisan sebenar warna cat kereta korang. Dah siap gosok, bilas balik kereta dengan air bersih & lap sampai kering ye?

Hasilnya? Cuba tengok bawah.

WSW 030 Macam cermin tak? Muahahaha! Pasted kaler biru tu ialah Polymer Sealant, abaikan dulu. Nanti aku akan kupas kat topik seterusnya.

-pen off-

Ini adalah ceetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan

Advertisements
Comments
  1. Miramy says:

    “phone letak jauh-jauh untuk elakkan gangguan emosi ketika Claying” eh..boleh blah la luuu.. lps ni gua update blog “utk menghasilkan choc yg cantek, phone letak jauh2 (kalo boleh silent/off terus) utk elakkan leher terkehel kerana melayan encik ngade2”

  2. Miramy says:

    Katanye phone letak jauh2 utk avoid gangguan emosi, bukan phone letak jauh2 utk avoid phone terkena air.. ha! jawab jawab!

  3. muserella says:

    yelah-yelah..kalah. puu~ (T..T)

  4. raja noor ahmad fahmie says:

    kalau keta warna hitam metalik sesuai tak untuk di CLAY kan bodynya..

  5. […] Kisah Mari Mencuci Kereta: Part 2!! October 2010 6 comments LikeBe the first to like this post. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s