Kisah Mari Mencuci Kereta: Part 3 (last) !!

Posted: October 7, 2010 in Global

Ya, akhirnya kite dah sampai ke bahagian yang terakhir dalam Kisah Mari Mencuci Kereta. Seperti mana yang aku ada cerita di Part 1, Mencuci Kereta ada 5 komponen utama. Iaitu;

  1. Mencuci
  2. Claying
  3. Polish
  4. Wax
  5. Periodic Maintenance

So, dalam bahagian terakhir ni aku akan kupas 3 bahagian yang terakhir tu sekali gus. Letih la asik-asik sambung je kan? Lagi pun aku dah start nampak bayang-bayang kesibukan yang bakal melanda aku di opis kelak, takut-takut aku balik kerja terus terbungkang atas katil. Nanti entah bila la aku nak publish part last ni.

Okay back to business:

Step 3 & 4: Polish & Wax

Hurm yang ni susah sikit nak explain sebab kalau dalam ‘kitab’ Polish & Wax ni memang ada dan bagus untuk penjagaan kereta. Tetapi aku kurang gemar nak guna sebab kita kena buat kerja 2 kali. Yelah, semua pun tau yang cara nak guna Polish & Wax ni sama je, sapu > tunggu kering> lap.

Kejap-kejap!! aku dok sembang-sembang ni lupa nak cite.. erm ramai yang selalu confius dengan term Polish & Wax.

Polish = ada 2 jenis. Cleaning Polish & Cutting Polish.

WSW 023

Yang ni contoh Cleaning Polish. Brand ni memang popular & aku dah guna sejak zaman student & rempit lagi. Dah nama pon Cleaning Polish, maka gunanya untuk membersihkan mana-mana kotoran seperti kesan calar yang minor. Bukan calar yang sampai terkopek cat tu. Ni calar yang sampai tinggal line kaler hitam kat body tu. Gosok pakai ni insyallah memang boleh hilang tetapi kena buat 2-3 kali lah. Aku hanya guna menda ni bila perlu je.

Cutting Polish pulak sejenis polish yang berkali lebih kuat dari Cleaning Polish. Hanya yang betul-betul Pro je yang guna & harga dia pun tak murah. Segala risiko terkopeknya cat sila tanggung sendiri ye?

Wax pulak, dengan nama lain Lilin lah. Gunanya untuk melindungi permukaan cat yang dah suci, tulus & murni. Yelah dah penat-penat gosok sana gosok sini, pastu takde protection..tak sampai dua hari dah kusam balik. Buat letih je! Nak tengok sample gambar takde lah sebab aku tak pernah beli Wax..nape? Ha..nak tau teruskan scroll ke bawah.

Selesai penjelasan. Aku tak gemar pakai Polish & Wax sebab aku malas nak ulang 2-3 kali. So aku skip! Aku pakai cara short cut! Aku pakai Polymer Sealant keluaran PG. Benda ni macam 2 in 1. Polish & Wax in one bottle.

WSW 027

Juga dibeli di Tesco. Harga below RM20. Cara nak guna memang sama macam pakai polish atau wax. Cuma sapu, tunggu sampai kering kemudian lap hingga bersih. Polymer Sealant ni sambil ia membersihkan, ia jua mengilaukan kete & melindungi. Seolah-olah kita salut badan kete dengan lapisan filem polymer yang nipis. So kalau kena apa-apa kotoran, ia hanya melekat di atas sealant, bukan atas cat. Ni kalau dah pakai, menurut label botol dekat belakang ia boleh tahan lebih dari setahun.Tapi biasalah marketing stratergi, mesti cakap produk depa bagus. Sejak aku guna hampir setahun & sepanjang masa kereta aku berada di kawasan perumah yang hampir dengan kawasan heavy industries, habuk & hujan asid tu biasa sangat lah. Alhamdullillah, sampai hari ni still bersinar & berkilat. Aku hanya basuh pakai shampoo PG tu je & hanya 3 kali je aku Clay & Sapu Sealant full body.

Cita banyak pun tak guna kan? Ni ha tengok sendiri hasil die selepas aku buat dari step 1 sampai step 4.

WSW 040

Last step: Periodic Maintenance.

Aku rasa korang pon paham apa maksud dia. Kalau rasa kete tu dah kotor basuh la, kalau korang follow step-step aku ni, korang tak yah lagi kerah tenaga nak cuci dahsyat-dahsyat. Basuh macam biasa je..fuh! berkilat beb!

Bangun pagi-pagi tu, kalau ada embun rajin-rajinkan lah diri untuk sempur ngan air bersih. Nanti jadi watermark pulak. Macam tu jugak kalau kena hujan, balik basuh terus. Nak cantik kena rajin..hehe.

Habis pun..hehe. Tapi takde lah sehebat macam kita hantar kete kat professional detailer hasilnya. Upah sampai RM300 comfirm hasil lagilah superb kan?. Tapi bukan semua orang mampu, apa yang aku kongsikan ni cukuplah sekadar untuk hobi-hobi je. Yang penting diri sendiri tu puas hati.

Kalau ada masa nanti aku cite sket pasal macam mana nak cuci engine..mau?

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan

Advertisements
Comments
  1. amad says:

    salam bro..nak tanya ckit..mcm mana nak hilangkan watermark pada body dan cermin kereta?

  2. amad says:

    salam bro…nak tanya cikit..apa kelebihan polymer sealant ni??? menghakis tak polymer sealant ni? bagus ke produk ni bro? sori la bro..sy baru je nak belajar2 kilatkan kereta..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s