Kisah Mari Mencuci Kereta: Part 1 !!

Posted: October 30, 2010 in Global

Sebelum aku mulakan, aku nak ucapkan “Cis Bedebah!” kepada laptop aku kerana tidak meng-auto-save-kan draft blog yang aku taip panjang lebar malam tadi! Tak pasal-pasal kene taip balik.

Masai, 9 Oktober. 9:00 Pagi.

Pagi Sabtu & tak bekerja = Heaven. Kalau tak balik ke KL memang korang boleh tengok aku tak habis-habis dok membelek-belek Enche WSW aku tu depan rumah dari pagi sampai ke petang. Tapi rasanya dah agak lama jugak aku tak pedulikan WSW..kesian aku tengok dia, dah comot & selekeh penuh dengan najis-najis pencemaran alam sekitar kat badan dia. Dekat sebulan kot since aku pon dok sibuk nak uruskan hal-hal pertunangan bulan lepas.

Dear, Enche WSW. Hari ini kamu akan di SPA kan oleh aku..dok diam-diam! (gila cakap sorang-sorang dengan kereta)

Kali ni aku nak berkongsi sedikit dengan korang petua/tips/panduan macam mana nak basuh kereta dengan cara yang betul. Aku belajar ni semua dari otai-otai detailer kereta & youtube. Tak rugi share ilmu walaupun tak seberapa, sharing is caring kot~

Okay, membersihkan kereta terbahagi kepada 5 komponen penting.

  1. Washing
  2. Claying
  3. Polishing
  4. Waxing
  5. Periodic Maintenance

Kali ni aku akan sembang pasal Washing dulu, part yang lain aku akan sembang kemudian ye?

Step 1: Washing

Barang-barang wajib yang kena ada:

  1. Kereta
  2. Shampoo Kereta
  3. Baldi x2
  4. Sponge atau wash mitt
  5. Berus
  6. Air

 JANGAN SESEKALI BASUH KERETA DI BAWAH CAHAYA MATAHARI YANG TERIK. Apsal? nanti aku cite. Ok, sekarang korang cari port yang baik & teduh, porch kereta ke, bawah pokok ke ikut suka lah tapi pastikan kat atas pokok tu takde burung, nanti kene berak plak. Sembur air pada seluruh kereta, buang segala pasir, selut, daki, taik burung dan segala jenis najis yang melekat di body keta. Kalau ada water jet lagi bagus, baru laju & bersih.

WSW 001 WSW 002 WSW 003

Nak bancuh shampoo pun ada cara, jangan main tuang je. Baca instruction kat belakang label tu. Terlebih sabun keta boleh jadi bertompok, kurang sabun keta tak bersih. Simple as that. Aku pakai shampoo PG Polymer Wash & Wax, sebotol RM25, beli kat Tesco.

WSW 006

Sediakan 2 baldi air, 1 air sabun 1 lagi air bersih. semasa mencuci pastikan korang bilas balik span dengan air bersih sebelum mencuci bahagian badan kereta yang lain. Ini adalah untuk memastikan supaya span tu tak cepat kotor. Kalau tak bilas, korang main celup je dalam shampoo tu cuba ushar air sabun tu makin lama makin kotor tak? Pastu kita still celup air sabun kotor tu then tenyeh kat kereta..sampai bila mau bersih da?

WSW 004 

Gunakan span/wash mitt yang bersesuaian kalau boleh beli yang memang khas untuk basuh kereta sebab material dia mostly micro-fiber. Ia melindungi permukaan cat keta dari pada bercalar. Elakkan guna t-shirt buruk atau kain buruk. Yang kat bawah ni aku beli dekat Tesco RM10 kot, jenis yang macam glove. Syok woo..smooth je bila gosok kat keta. Tapi adik aku geli tengok glove bulus ni..maybe die ada penyakit bulus-phobia kot.

WSW 007

Mulakan basuhan dari atas ke bawah, atau dari tempat yang kurang kotor hingga ke yang paling kotor. Jangan heret semua kotoran di tayar naik ke bumbung.

Kenapa jangan basuh bawah matahari? Sebab ia bertujuan untuk mengelakan air sabun yang dah digosok pada keta cepat kering, belum sempat bilas dah kering. Comfirm bertompok-tompok dengan kesan sabun.

Rim & tayar pun mesti nak cun jugak kan? So gunakan lah alatan yang memang untuk cuci rim. Aku pakai berus rim yang rupa dia macam berus botol baby tu. Tapi aku lupa plak nak amik gambar, ala berlambak je kat Tesco tu  tak sampai pon RM10. Toksah la guna berus sabut ke berus plastic yang basuh baju tu..jahanam rim korang. Kalau ikutkan memang ada sabun khas untuk basuh rim & tayar dan memang mudah menghilangkan brake dust. Tapi aku tak pakai sebab brake pad aku dah tukar jenis yang kurang brake dust, so pakai sabun yang sama pon dah okay.

Bila dah siap semua, apa lagi? Bilas lah sampai bersih & kering. Jangan lap ala kadar je, biar betul-betul kering. Baru ikhlas namanya..hehe. Basuh kereta sendiri ni memang letih tapi puas hati sebab kita boleh nampak sendiri dekat mana calar-calar atau kat mana body parts yang dah senget atau bengkok.

Bersambung..

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tiada tandatangan diperlukan

Advertisements
Comments
  1. NoorAfzan says:

    bagus tips ni bro..
    =)

  2. muserella says:

    Thanks Cik Afzan, cubalah tips ni. 🙂

  3. rozanaldo says:

    gud sharing..learning from basic..kekekee~

  4. raja noor ahmad fahmie says:

    memang puas hati kalau basuh sendiri…

  5. […] Kisah Mari Mencuci Kereta: Part 1 !! October 2010 5 comments 4 […]

  6. amad says:

    gud info bro..tq..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s