Archive for December, 2010

Pergh tajuk.. tak nak kalah je. Kali ni aku nak kongsi sket dengan korang apa yang ada dalam kepala aku. Tapi harus di ingatkanlah aku taip kisah ni bukan sebab nak promote untuk tujuan pemasaran atau kepentingan sendiri. Takut nanti tak pasal-pasal ada plak pihak yang nak sue gua, so aku bgtau awal-awal.

To be honest dengan korang, aku ni agak cerewet dalam memilih barang-barang penjagaan kereta. Tanya tunang aku tu asal setiap kali masuk Jusco, Tesco, Ace Hardware mesti aku singgah dekat rak barangan penjagaan kereta. Tapi dalam banyak-banyak barang kat situ, ada satu brand ni yang memang menjadi perhatian aku. Perma Glass (PG).

Korang boleh panggil aku ni PG’s Product freak! Hampir semua peralatan yang basic aku pakai adalah PG sahaja. Nak kata ia murah, tidak. Nak kata mahal pon tidak. Sedang-sedang je & affordable. But the most important parts is, it’s WORKS man! Which means it worth every penny that you spent lah.

So kat sini aku review sikit produk-produk PG yg aku pakai. Gambar di ambil dari Kisah lain dalam blog ni & internet sebab ada certain produk aku tak sempat nak ambik gambar (sekarang tengah outstation mah).

1. PG Polymer Wash & Wax

wsw006

This one in nice! Produk wajib beli beb kalau korang sayang kat kereta korang. Produk PG pertama yang aku pakai. Sangat berkesan, bersih, & berkilat! Masa 1st time pakai dulu aku tuang dalam baldi sekali tengok cair gila! “siot! apo nih!” rasa macam kene tipu pon ada. “Boleh bersih ke kalau cair camni?”. Tapi ternyata aku silap! (T..T) lepas basuh kete, kasi lap sampai kering then memang terpaku aku seketika, “pergh! gila lah..bersih & berkilau-kilau!”. Aku siap dapat buat peribahasa baru lagi. “Don’t judge the car shampoo by it’s kepekatan..

Tips: Kalau ada kotoran degil, korang colek sikit shampoo ni dengan jari pastu sapu kat kotoran degil tu. Lepak gi berak jap pastu bilas ng air. Insyallah bersih.

2. PG Wonder Clay No.2

wsw014_thumb

Kalau masih ada yang ingat, Wonder Clay No. 2 ni sesuai untuk kereta yang berwarna cerah (seperti aku Putih). Lupa nak cakap, aku ni kalau tak reti nak pakai memang aku tak beli. So sebelum beli clay ni dulu pon aku dah habis kaji kat google & youtube cara-cara penggunaan yang betul. Clay ni kalau kita tak tahu fungi & apa yang boleh dihasilkan dekat kereta kita memang kita akan cakap MAHAL!! (RM28.00) Tapi kalau korang nak tau ni lah antara clay yang berkesan dan paling murah aku jumpa. Try gi cari clay Turtle Wax atau Meguiars lah then compare the price. Hari tu aku gi KLIMS 2010, nampak promoter PG tgh beria-ria nak tunjuk & bagi visitor kat situ paham apo ko bondo eh clay ni..tapi visitor-visitor tu macam jakun+tak paham. Aku tak salah kan diorang, mungkin ada org yang tak se-freak macam aku..tapi alangkah bagusnya kalau mereka tahu kenikmatan clay kereta ni.

Tips: Sebelum pakai potong kecik-kecik dulu, jangan bedal 1 buku. Sebab kalau jatuh atas tanah kene buang terus beb, tak boleh pakai dah.

End of part one. (next story, Polymer Sealeant, Wiper Renew, Windscreen Washer Additive, & Rainz Dura)

-pen off-

Ini adalah cetak komputer. Tandatangan tidak diperlukan.

Advertisements

Hahaha! This one memang nice! Aku tau ada yang tak paham lagi nape aku gelak. Okay kalau nak tau kenapa, ikut step-step kat bawah ni.

  1. Pasang speaker kuat-kuat.
  2. Go to translate.google.com
  3. Set bahasa dari German ke German
  4. Copy-paste ayat ni dalam translate box.                                                                                                 pv zk pv pv zk pv zk kz zk pv pv pv zk pv zk zk pzk pzk pvzkpkzvpvzk kkkkkk bsch
  5. Pastu klik butang listen.

 

Selamat mencuba!

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer. Tandatangan tidak diperlukan.

Aku baru lepas tengok trailer movie dekat Youtube, then terpandang link trailer movie “The Mechanic” mungkin cerita terbaru dia kot.

Secara overall nya aku memang minat dengan lakonan dia sejak dari cerita The Transporter lagi, tapi lama-kelamaan aku mula perasan something is wrong with this guy:

  1. Hampir setiap filem lakonan dia, dia sangat mahir menggunakan apa sahaja jenis senjata!
  2. Hampir setiap filem lakonan dia, dia sangat mahir memandu apa sahaja jenis kenderaan!
  3. Hampir setiap filem lakonan dia, he always get the girls!
  4. Hampir setiap filem lakonan dia, dia sentiasa memegang peranan sebagai “Frank Martin”.
  5. Hampir setiap filem lakonan dia, selepas meletupkan itu-ini kecederaan yang dialaminya sangat minima!
  6. Hampir setiap filem lakonan dia, he always the one who kicks every body asses!
  7. Hampir setiap filem lakonan dia, cara atau gaya dia pegang puntung rokok semua sama!
  8. Hampir setiap filem lakonan dia, cara atau gaya dia bercakap dalam telefon semua sama!
  9. Hampir setiap filem lakonan dia, dia seolah-olah kebal!

Andai ada yang berasa sangsi dengan apa yang aku merepek di sini, cuba korang tengok balik setiap filem-filem ni then compare dengan fakta-fakta di atas.

The Transporter The Italian Job Collateral Cellular Transporter 2 Revolver London Chaos Crank War The Bank Job Death Race Transporter 3 Crank: High Voltage 13 The Expendables

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer. Tandatangan tidak diperlukan