Kisah Alat Kosmetik Kereta Kegemaranku! Part 1

Posted: December 13, 2010 in Global, Life, Sesuatu untuk di kongsi bersama
Tags: , ,

Pergh tajuk.. tak nak kalah je. Kali ni aku nak kongsi sket dengan korang apa yang ada dalam kepala aku. Tapi harus di ingatkanlah aku taip kisah ni bukan sebab nak promote untuk tujuan pemasaran atau kepentingan sendiri. Takut nanti tak pasal-pasal ada plak pihak yang nak sue gua, so aku bgtau awal-awal.

To be honest dengan korang, aku ni agak cerewet dalam memilih barang-barang penjagaan kereta. Tanya tunang aku tu asal setiap kali masuk Jusco, Tesco, Ace Hardware mesti aku singgah dekat rak barangan penjagaan kereta. Tapi dalam banyak-banyak barang kat situ, ada satu brand ni yang memang menjadi perhatian aku. Perma Glass (PG).

Korang boleh panggil aku ni PG’s Product freak! Hampir semua peralatan yang basic aku pakai adalah PG sahaja. Nak kata ia murah, tidak. Nak kata mahal pon tidak. Sedang-sedang je & affordable. But the most important parts is, it’s WORKS man! Which means it worth every penny that you spent lah.

So kat sini aku review sikit produk-produk PG yg aku pakai. Gambar di ambil dari Kisah lain dalam blog ni & internet sebab ada certain produk aku tak sempat nak ambik gambar (sekarang tengah outstation mah).

1. PG Polymer Wash & Wax

wsw006

This one in nice! Produk wajib beli beb kalau korang sayang kat kereta korang. Produk PG pertama yang aku pakai. Sangat berkesan, bersih, & berkilat! Masa 1st time pakai dulu aku tuang dalam baldi sekali tengok cair gila! “siot! apo nih!” rasa macam kene tipu pon ada. “Boleh bersih ke kalau cair camni?”. Tapi ternyata aku silap! (T..T) lepas basuh kete, kasi lap sampai kering then memang terpaku aku seketika, “pergh! gila lah..bersih & berkilau-kilau!”. Aku siap dapat buat peribahasa baru lagi. “Don’t judge the car shampoo by it’s kepekatan..

Tips: Kalau ada kotoran degil, korang colek sikit shampoo ni dengan jari pastu sapu kat kotoran degil tu. Lepak gi berak jap pastu bilas ng air. Insyallah bersih.

2. PG Wonder Clay No.2

wsw014_thumb

Kalau masih ada yang ingat, Wonder Clay No. 2 ni sesuai untuk kereta yang berwarna cerah (seperti aku Putih). Lupa nak cakap, aku ni kalau tak reti nak pakai memang aku tak beli. So sebelum beli clay ni dulu pon aku dah habis kaji kat google & youtube cara-cara penggunaan yang betul. Clay ni kalau kita tak tahu fungi & apa yang boleh dihasilkan dekat kereta kita memang kita akan cakap MAHAL!! (RM28.00) Tapi kalau korang nak tau ni lah antara clay yang berkesan dan paling murah aku jumpa. Try gi cari clay Turtle Wax atau Meguiars lah then compare the price. Hari tu aku gi KLIMS 2010, nampak promoter PG tgh beria-ria nak tunjuk & bagi visitor kat situ paham apo ko bondo eh clay ni..tapi visitor-visitor tu macam jakun+tak paham. Aku tak salah kan diorang, mungkin ada org yang tak se-freak macam aku..tapi alangkah bagusnya kalau mereka tahu kenikmatan clay kereta ni.

Tips: Sebelum pakai potong kecik-kecik dulu, jangan bedal 1 buku. Sebab kalau jatuh atas tanah kene buang terus beb, tak boleh pakai dah.

End of part one. (next story, Polymer Sealeant, Wiper Renew, Windscreen Washer Additive, & Rainz Dura)

-pen off-

Ini adalah cetak komputer. Tandatangan tidak diperlukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s