Archive for January, 2011

Day 1,

Aku memulakan perjalanan dari Balakong dari jam 3:00pm, bak kata Encik Harun..”keluar awal, sebab kita tak tau apa nak kene buat kat sana (KLIA) nanti.

Dah sampai KLIA, check-in sudah, makan sudah, aku pon meng-babai-kan diri dengan parents. Pastu terus ke Balai Berlepas Antarabangsa, aku notice yang pemegang passport Malaysia tak payah beratur, “Auto-Check in” je sebab passport kita ada chip elektonik apa ntah! (aku baru tau kahkahkah!!)

Dipendekkan cite, naik flight ke Changi Airport..sampai Changi aku tak tunggu lama sebabnya flight MH607 aku tadi delay dalam sejam gak. So turun-turun je, amik boarding pass terus boleh masuk gate ke flight seterusnya AF257 (Air France).

Gila babeng besar boeing nih (777-300ER). Masuk-masuk flight aku disambut dengan mesra dari crew-crew Air France, “Bonsouir!” (Selamat petang) kata diorang. Huh! seronok toksah cakap ar! Tengok seat dia besar gila, canggih & chantek kot! Tengok tiket, owh seat aku 37J..”Jauh lagi ni” sekarang baru line 4-5. Semakin ke belakang semakin kecik seat..puu~ Lupa aku ni kelas ciput jo.. Jadilah dari dok mencangkung je.

Apa yang terjadi dalam flight yang memakan masa hampir 14 jam ni aku malas nak cite sebab ia adalah satu penyeksaan! Gilak lu! brape banyak movie & series aku layan! Dari tak layan cite Gossip Girl aku dah jadi addicted! Tido dah brape round, pejam celik pejam celik tak sampai gak..nasib lah ada sorang brader dari Puchong kat seat sebelah, ada gak membe nak mencarut same-same. Tapi dia lagi sadis.. Airport Charles de Gaulle Paris adalah transit sahaja. He has to wait for another 6 hours for his next flight to Nigeria yang memakan masa 7 jam setengah! Gilo~ Brader tu adalah seorang QHSE Engineer dari sebuah firma Oil & Gas, ada site visit katanya.

Waktu tempatan kini dah jam 6:10am..kapten dah buat announcement nak landing, tapi kali ni landing dia sangat scary ok! Siap drift sikit2..terhoyong hayang! Aku bercakap dalam hati “Oh god, why it have to be this plane yang nak drift!” Muka passengers lain sume dah kecut! Landasan basah & berais sikit2..itu lah sebabnya drift tadi.

Seriously even before landing lagi aku dah berdebar2 sebab aku risau, mana aku nak collect beg aku nanti? mana aku nak tuju nih? sape nak pikap aku nanti? Keluar sahaja dari cabin..fuh! amek ko..-4°C! Kecut telo weh! (sorry for my language..tapi kalo tapis2 xsyok la sebab perasaan sebenar tu disembunyikan).

1st problem..mana beg aku ni? Nasib aku baik sebab signboard kat Charles de Gaulle ni sangat mudah difahami & sangat jelas. Nice! So aku follow je ar gambar2 beg tu.. Kene lalu imigresen dulu la plak..beratur punya lah lama. Sekali sangkut, sebab passport aku xde cop ape2..dalam hati aku, “dem! teknologi memakan diri” Puas aku nak explain kat Pegawai Imigresen tu kat Malaysia aku pakai Auto-Check in sebab tu xde cop. FYI, tak ramai orang Perancis yang bagus dalam berbahasa Inggeris, ataupon buat2 tak reti sebab mereka sangat berpegang kepada bahasa Perancis.

So kat kaunter Imigresen diorang tu aku ng pegawai tu dah macam ayam ng itik..macam-macam aku kene soal. Last-last lepas gak. Alhamdulillah, so sekarang gi cari beg plak, turun je dari eskalator..tu ha beg aku tengah tunggu aku kat convayor sorang2 dia je, gilo~ seb baik xde penyamun!

Keluar je dari Balai Ketibaan, mujur ada seorang mamat yang pegang white board kecik bertulis “SERIMAX”. HOH! Aku lah tu! Lantas aku gi lah sampuk dia! Konon nak jadi mesra la..aku pon cakap lah Perancis aku yang berterabur tu..”Hello! Bonjour..comment ca va?” (hoi! apa kabor?) Sekali mamat tu bedal cakap Perancis entah apa kebenda aku tak paham..pok pek pok pek! Aku macam WTF! apa dia cakap nih? Serius aku ternganga! Pastu aku tercakap kat dia dalam Bahasa Melayu, “apo kobondo ko cakap nih?” Dia pon macam aku gak kot dalam hati “WTF! apa dia cakap ni”. Lepas pada tu kami ‘bercakap’ pakai bahasa isyarat je..kahkahkah. Dah le cakap pakai tangan pastu dua-dua bantai gelak entah apa yang kami gelak pon aku xtau..lantak ko lah Encik Driver oi, janji ko paham aku, aku paham ko.

Misi seterusnya amik Ciknur! Pagi di Paris..seriously kol 8:00am adalah macam 6:00am di Malaysia. Malam tadi ada salji kot, sebab aku tengok kat rumput ada saki baki salji..kereta pon semua diselaputi salji nipis. Pemandangan cantik, tapi tak lah secantik yang semua orang sangkakan..lebih kurang macam Malaysia gak. Biasalah tempat orang, semua kita cakap cantik. Mungkin sebab tiket aku Encik Company tanggung so aku tak teruja sangat compare tu mereka yang kuar duit sendiri..kehkehkeh. Lagipon mungkin aku letih sangat2 kot. Dalam kepala aku nanti nak check in Hotel..tido je.

Ciknur sudah dikutip! Sekarang kami menuju pula ke Villers Cotterets, perjalanan memakan masa 40 minit. Kadang-kadang tu aku tergelak sebab rasa dia mmg ackward bila naik kete left hand drive..especially bila ada roundabout. Banyak kali gak aku termencarut kecil dalam hati..gila apa drive camni? But it’s normal for them lah. Kita je yang xbiasa.

Aku notice kat sini Compact Car sangat popular, bersepah2. Dan kepada orang Malaysia yang berlagak korang pakai kete Conti Pijot ke Golf ke Renault ke..toksah berlagaklah..Kete korang tu macam Saga BLM je kat sini.

Sesampai di Villers Cotterets, yeah it’s a small village jauh dari kesibukan Kota Paris..noticeable from banggunan & the kampung enviroment. Aku macam..”Wah! Senorok nih!” sebab aku memang suka enviroment kampung. Dah jemu beb dok bandar. Paham2 je lah..Ha! lagi satu..kehkehkeh. Jangan terkejut kalo korang jumpa Carrefour kat sini jual Petrol..Serious Shit! Carrefour dalam kampung plak tuh!

Sampai hotel ingat nak masuk bilik terus, aku tanya Ciknur. “Weh ko ingat tak password pintu yang diorang emailkan hari tu?” FYI, kat sini hari Ahad sini adalah pekan mati..hampir semua tutup. Hotel aku ni pon tutup sebab tu dia bagi password kat pintu masuk. Ciknur plak ng selamba, “tak! aku ingat ko tau?” Aku pon lupa! Ah sudah! Dah la beku kat luar ni! Secara kebetulan Encik Driver yang aku lupa tanya nama dia apa tu terperasan ada orang kat dalam..dia ketuk2 mintak masuk & explain apa ntah, pastu terus kami diberi kunci bilik & terus check in. Oh! thanks Encik Driver..kamu sungguh nice! Siap tolong pikul beg kami naik atas lagi. Xpe nanti ko claim bil kaw-kaw kat Boss kami ek?

The room is small but nice enough la for me..datang sini memang atas tujuan kerja kot bukan vacation. So there is no reasons to complaint this & that. Asal tak tido bawah jambatan sudah.

Jam masa tu kol 9:15am, Ciknur cakap gi la rehat dlu kol 10:30am kita gi Paris jalan2..ok set! Aku dah siap2 apa semua kami pon berjalanlah gi stesen keretapi yang tak jauh dari sini..bila dah sampai sekali tutup daa. Apo nih?! Stesen keretapi pon tutup ke hari Ahad? Apa lagi perkataan PUU~ yang besar tersemat di dalam hati..pulang ke hotel dengan penuh kekecewaan.

Takpelah.. Jumaat ni boleh gi Paris lagi. Lagipon aku punya letih pun tak hilang lagi. Boleh balik tido puas2 nih..tadi tido atas flight tak puas. Kebas bontot pon tak hilang lagi. Singgah kejap kedai roti (seb baik kedai makan bukak!) beli roti Perancis yang panjang tu sebijik harga 0.50 EUR, pastu terus balik bilik.

Bukak pintu, bukak kasut, campak roti..tido!

End of Day 1.

(gambar akan diupload kemudian, buat sementara ada dalam FB aku)

Okeh.. Kali ni aku nak story sket pasal Gadjet terbaru yang baru aku kopak dari wallet aku. Sebuah telefon HTC Desire HD. Ok, kita tolak tepi dulu pasal hardware phone ni..kita sembang pasal Android dulu.

Apa itu Android? Ia ialah sebuah OS (operating system) untuk telefon bimbit yang dibangunkan oleh Google. Dalam orang lain dok sebok cerita pasal IPhone & BlackBerry, ramai yang tak sedar dengan kemampuan Android malah ada yang meletakkannya sebagai OS utk telefon kasta rendah (I’m one of them before). Tapi terima kasih kepada sahabat baik aku, Asran Abdullah telah berjaya meracun aku untuk memperolehi sebuah Android 2.2 Froyo aku sendiri. (Asran, racun ko kalah Paraquat)

Salah satu function feveret aku yang ada pada Android ini ialah, USB Tethering. Apa tu? Orang melayu cakap, sedut internet dari phone ke komputer. Hehe~

Tak percaya? Tengok video kat bawah ni. Adalah dimaklumkan bahawa Laptop Dell Latitude ATG D630 di bawah tidak disambungkan kepada mana-mana sambungan internet seperti Wireless, Broadband Dongle ataupun LAN cable. Ia hanya disambungkan kepada phone aku melalui USB cable.

Perhatian: Sebelum play video ni, kasi slow sikit volume sebab aku lupa nak slow kan volume speaker yang aku set pada maksimum sebelum recording..sorry..

Kepada yang dah memiliki Phone Android 2.2 tapi tak reti nak buat tethering ni macam mana.. Caranya ialah, sambungkan USB cable phone korang kat laptop atau PC, then select USB Tethering function pada phone. That’s all..

So amacam? Still want the IPhone or BB?

Masih aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu telefon-telefon lama jenis yang putar tu dan masa tu ia belum dikategorikan sebagai klasik, masih mudah dijumpai kat mana-mana rumah. Pondok-pondok telefon yang warna kuning tu bersepah-sepah..tapi seolah-olah macam sekelip mata je semua teknologi tu berubah dari sebesar-besar fon sampai ke sekecik-keciknya. Dan sekarang aku tengah taip entry ni pakai telefon je..dan aku rasa tentu akan ada yang baca entry ni guna telefon je suatu hari nanti.

(Apa aku merepek ni?)

-pen off-

Kisah 2010

Posted: January 3, 2011 in Global, Sesuatu untuk di kongsi bersama

Kali ni aku biar WordPress yang taipkan blog untuk aku..muahaha!

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Fresher than ever.

Crunchy numbers

Featured image

The Leaning Tower of Pisa has 296 steps to reach the top. This blog was viewed about 1,200 times in 2010. If those were steps, it would have climbed the Leaning Tower of Pisa 4 times

 

In 2010, there were 24 new posts, not bad for the first year! There were 55 pictures uploaded, taking up a total of 2mb. That’s about 1 pictures per week.

The busiest day of the year was November 23rd with 71 views. The most popular post that day was Kisah Seremban-JB.

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were facebook.com, satrianeoclub.com, homemadebyluna.blogspot.com, mail.yahoo.com, and google.com.my.

Some visitors came searching, mostly for servis aircond kereta persona, servis aircond kereta, servis aircond kereta and harga, kos servis aircond kereta, and servis air cond nissan grand livina.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Kisah Seremban-JB November 2010
2 comments

2

Kisah Bagaimana Nak Servis Aircond Kereta Anda? August 2010
2 comments

3

Kisah Mari Mencuci Kereta: Part 1 !! October 2010
5 comments

4

Kisah Enche WSW: Babak 3 September 2010

5

Kisah Mari Mencuci Kereta: Part 2!! October 2010
6 comments