Kisah Saya Pergi Perancis: Day 2

Posted: February 1, 2011 in Uncategorized

Day 2

Awal pagi jam 4:00am mata aku dah celik..either terlebih tido dari petang tadi or Jet Lag sebab kalo tak salah aku masa tu Malaysia kol 10:00am kot? Apa aku nak buat ni? Bosan yang teramat sangat, nak online tak bole sebab sini takde WiFi mahupun LAN socket walaupun TV kat sini adalah Digital TV. (aku raselah) Sebab aku nampak perkataan DTV dekat remote control pastu kalo ade gangguan siaran dia jadi macam CD calar tu.

So nak menghilangkan rasa bosan, aku pon amik keputusan nak tinjau la permandangan kat luar tingkap. Gi la bukak tingkap..MISTAKE! Sejuk nak mampos! Tutup balik..Lame gak aku layan view kat luar tu, dengan langit yang berwarna ke-Oren-an macam sunset pastu siap ade asap kepul-kepul keluar dari chimney banggunan depan bilik aku ni. Cantik gila! Aku try gak nak snap gambar tapi kualiti kureng lah..biasalah gambar gelap.

Dalam aku dok layan blues sorang-sorang tu, tiba-tiba aku termengusik diri sendiri. Aku tak takut ke tengah pandang-pandang sekali muncul benda pelik-pelik kat tingkap tu?..huish cuak gak! Selamba je aku ni..sebab kalo kat Malaysia memang comfirm aku tak kan buat camni..gilo~ cuak kot? Tapi aku pikir gak..apa yang nak muncul? Warewolf? Bulan takde..so selamat. Edward Cullen? Aku jantan kot..lain lah kalo Vampire jambu tu Gay. Kahkahkah!

Dah letih layan tingkap aku layan TV plak. Hohoho! Siaran TV di sini pabila kanak-kanak bawah umur dah tido memang mampu membuatkan hidung korang berdarah! (if u know what i mean) Tapi time iklan je lah..time rancangan lain biasa je. So sekarang ni layan iklan lagi best..hehehe. Dalam dok layan iklan, perut pon mula terasa lapar..apa lagi Abang Brahim time! Tadah air panas kat sinki pastu rendam Kari Ayam Brahim tu then cicah dengan roti Perancis tu..layan woo.

Sedar tak sedar,jam dah kol 6:30am..aku gi lah mandi (sejuk toksah cite lah) tunaikan apa kewajiban yang patut ditunaikan, pakai baju 4 lapis hari ni sebab semalam 3 lapis tak cukup! Pastu Ciknur ketuk pintu.. “weh aku nak berak jap” Hok aloh! nak berak pon sanggup gi jalan bilik aku sebab nak bagitau nak berak! Dalam dok menunggu Ciknur dengan ‘perniagaan import export’ dia, aku packing-packing lah laptop apa sume..ler baru aku perasan beg takde. Aku lupa bawak..camne nak bawak laptop dengan charger apa sume nih? As a result pagi tu aku gi opis bawak beg plastik Econsave berisikan laptop.. (T..T)

Sepanjang perjalanan selain menjadi tumpuan kerana ‘beg’ aku yang comel tu aku boleh tengok la macam mana life orang kat sini, ye lah semalam kan sunyi je kat sini.. harini nampak orang ramai gi kerja, budak-budak pergi sekolah naik beskal, kereta sana sini (Pijot 207 tu depa sagat2 je bumper ng jalan). Wah! Sibuk gak tempat ni rupanya..

Perjalanan aku ke opis mengambil masa selama 20 minit. Pipi aku dah kebas, tak rase ape dah masa tu. Even pakai baju 4 lapis dengan sweater tebal aku still mengigil. For the first time aku sampai di Serimax Villers Cotterets.. Wah! Besar gak. Disambut mesra oleh Puan Veronique & staff-staff yang lain membuatkan aku tak rase seperti orang asing kat negara asing. Mereka sungguh peramah & nice walaupon tak semua mahir berbahasa inggeris tetapi mereka still tegur & layan kami dengan baik!

Kalau ikut plan hari ni kami sepatutnya ada training untuk buat Material Quality Control dengan Encik Fabrice. So adat masuk site orang, first of all safety induction..yang diconduct oleh Encik Brahim. Jangan terkejut, ada je orang Perancis nama Brahim..korang ingat Brahim Pendek je pakai nama tu?

Bila dah setel semua, kebetulan waktu lunch pon tiba. Lunch dulu, dan ye kami lunch di hotel so jalan kaki balik 20 minit ke hotel & sesi membekukan pipi berulang semula. Balik dari lunch kami pon sambung la training yang di plan kan. During training tu aku dah start rase tak sedap badan..macam nak demam pon ade. Sakit pale tu toksah cite..aku rase aku terkene brain freeze. Sebab kadang-kadang tu aku rase macam kaku & bodoh sekejap..xboleh nak berfikir. Kepala aku memang sejuk masa tu. Nak tunggu waktu balik terasa lambat sangat sebab aku dah cukup yakin aku ni dah nak demam (loser gile). Kol 5:00pm.. “Ciknur! Jom balik! Aku tak tahan dah ni”

Keluar dari opis aku macam terkejut gak? What the..?! Kol bape ni? Jam kol 5:00pm tapi view macam kol 7:30pm..ni kalo puasa kat sini memang syok! Kol 5:00pm dah boleh buka..kehkehkeh. By the time balik tu aku & Ciknur jumpe sekumpulan budak-budak kecik perempuan (aku rase sebaya budak2 bawah 12 tahun kot) dan mereka adalah sangat comel! Aku rase nak kidnap je buat keychain! (tiba-tiba rase diri sendiri saiko) Diorang pon pandang aku pastu senyum2..“Oh! aku pon comel gak ke?” Then baru aku teringat bukan aku yang comel..tapi beg yang aku bawak tadi yang comel. Dem!

Sampai je kat bilik aku rasa nak pengsan dah..argh! Gila sengsara camni! Baring kejap..pastu turun untuk Dinner, itupon makan xabeh..Menu petang ni adalah Sup Hijau dgn roti with cheese (appetizer), Telur dgn Bawang goreng ape ntah rasa macam kari (Main course) & Dessert buah-buahan. Partition diorang memang besar-besar. Appetizer diorang dah macam kite makan nasik saiz large kenyang dia. Ciknur selamba je habiskan semua..naik bilik aku carik ubat-ubat yang ade sume aku telan (seb baik aku bawak). Salin baju pastu terus tido!

End of Day 2.

Sedikit Facts:

Villers-Cotterets (VIC)

VIC terkenal kerana dua perkara. Iaitu sebagai tempat kelahiran Novelist terkenal Alexander Dumas, penulis karya The Three Musketeer & Count of Monte Cristo. Kejayaan dia ni sehingga hari ni buat J.R.R Tolkien, J.K Rowling & Dan Brown tu macam taik gigi dia je.

Kedua, VIC juga terkenal kerana di sini lah Ordinance of Villers Cotterets yang ditandatangani oleh King Francis I of France pada tahun 1539 , yang memaktubkan Bahasa Perancis sebagai bahasa kebangsaan di Perancis. Maka tidak hairanlah aku susah gila nak jumpe English speaking French dude kat sini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s