Kisah Saya Pergi Perancis: Day 3

Posted: February 3, 2011 in Uncategorized

Hoh! Semalam aku lupa save draft Day 3! Pastu aku fed up terus malas nak taip balik..ni baru datang balik mood naik menaip.

Day 3

Hari ini dimulakan dengan rutin yang biasa, Jet Lag (aku dah bosan) & Ciknur bangun lambat lagi (lagi aku bosan). Macam biasalah kene jalan kaki gi kerja. Admin Ast kat sini ade offer kete company, tapi tak berani aku..lain macam je nak drive kat sini. Nanti ade yang baru 1KM gerak dah eksiden. Kempunan aku nak balik Malaysia makan sambal tumis kerang. (hint untuk mama kalo tengah membaca)

Ni map perjalanan kami, Point A ialah Hotel, Point B ialah Opis..

Hari ni kami dijadualkan untuk pergi site visit kat mana ntah apa nama tempat tu aku susah benor nak menyebutnya sebab nak gi tengok macam mana depa buat Copper Shoe. Encik Fabrice cakap “kol 10:30am gerak!” Awalnye? Kedai pon baru bukak je kot? Layankan je lah..

10:30am, Kami pon kuar pintu opis..Encik Fabrice dah tunggu dah dalam kete. Mak aih terkejut aku tengok kete die.. Nissan Micra 1.2L (Manual)! Kete QC Manager? Aku tanya dia..“Second kete ko ke ni?” Dia kata, “dok aih, ni je lah kete cek..dari cek bayaq sedekah kat bank, cek lagi sanggup pakai kete ni..asal boleh jalan sudah”

Gila humble dia ni, dan aku rasa semua QC Manager kat Serimax ni memang macam ni kot? kat Malaysia, QC Manager (Izzad) Income 10k per month tapi pakai Exora M-Line je..alasan dia pon sama macam Encik Fabrice. (Tiba-tiba teringat kat Miramy dengan quote dia, “dari membazir baik simpan anta anak gi Kumon

So tanpa membuang masa kami pon gerak.. jauh gak tempat tu dalam sejam lebih baru sampai. Patut la Fabrice ajak kuar awal.. masuk hutan kuar hutan, rentas padang gandum, kuar pekan itu pekan ini baru sampai. Aku ingat macam gi Johor Jaya je dari Pasir Gudang.

Kat kilang tu kami ditunjuk macam mana Copper Shoe dibuat dari A sampai Z. Even tauke kilang tu macam tak reti nak speaking english tapi dia sedaya upaya nak entertaint kami (Best jadi client..Muahahaha!) Seb baik ada Encik Rony Basset (orang Serimax gak) jadi translator kami.

Aku pon sempat gak record video & ambik gambar berpuloh keping! Sedar tak sedar dah kol 3:00pm..time to balik. On the way balik Ciknur mintak dengan Rony nak singgah Istana Pierrefonds..cantik dowh istana ni.

Korang tengok je lah gambar kat FB aku tu..siyes kepada fans Merlin & Harry Potter korang akan teruja (especially my miramy).. Dah macam budak tadika dapat masuk Fun Fair lari sana lari sini.. aku rasa Fabrice mesti dok kutuk dalam hati “Gila jakun budak-budak nih!”.. Eleh ko turun Taman Buaya kat Melaka ar kita tengok sapa plak jakun kat sana.

Aku snap gambar sampai nak kering bateri kamera.. dah puas kat sana kami pon balik lah. Lepas tu kami pon kemas-kemas barang kat opis terus balik hotel..

Malam? takde apa yang menarik..tido je.

End of Day 3.

Fakta:

Encik Fabrice: Seorang QC Manager berbangsa Perancis yang sangat humble & baik hati. Tak kedekut ilmu, memang dia luahkan 100% masa untuk ajar kami yang sengal kat sini. Tapi dia akan menamatkan perkhidmatan di Serimax pada Marcch ini untuk melanjutkan pelajaran. Nice guy.

Encik Rony Basset: Seorang Industrial Buyer berbangsa American+Lebanon tetapi mempunyai kerakyatan Perancis. Dia pon sangat baik & sangat mahir berbahasa inggeris (aku rase the only one kot kat sini). Kalo nampak kami macam blur & bosan dia lah yang akan entertaint kami. Nice guy also.

Pierrefonds Castle: http://www.wikipedia.com (carik sendiri)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s