Kisah Saya Pergi Perancis: Day 4

Posted: February 3, 2011 in Uncategorized

Day 4

(Tiada lagi Jet Lag)

Hohoho! Hari ni aku seperti biasa (sebab aku sangka semua seperti biasa macam hari-hari sebelumnya) Tapi aku silap, bukak je pintu Cafe Hotel..jalan dua-tiga langkah..hah! Ambek ko! Kami rupanya tengah berjalan atas ais!

Gila licin! Macam jalan pakai roller blade.. aku dah gelak-gelak dah berjalan. Sebab aku rasa kalo lumba lari dengan penguin pon comfirm aku kalah.. Takyah cita banyak! 5 minit pastu aku dah tergolek! Sakit dowh! Ciknur? Maintain lagi..masih lagi bongkak sebab tak jatuh lagi..“xpe ko tunggu je pasni..”

Dalam dok syok main ‘Roller Blade’ tu aku sempat lagi record video untuk menyatakan alasan & sebab kenapa kami lewat sampai opis. Gilak! slalu 20 minit je dah sampai..arini sejam.


Tak jauh depan tu dimana aku ketinggalan, Ciknur dihapadan.. Dia macam nak bagitau something aku plak tengah sibuk record video, aku notice kebetulan ada kereta berhenti sebelah Ciknur. Rupanya tak jauh dari situ ada sepasang atuk & nenek, laki dia terduduk atas tar..ni mesti tergolek gak nih. Orang dalam kereta tu stop suruh Ciknur gi tolong atuk tu..tapi dia plak terperangkap dengan ais tak boleh kemana-mana.So aku pergi lah ke atuk tu bersama akak yang ada dalam kete tu.

Kesian dowh atuk tu..dah ar dah tua, tergolek..kepala pon berdarah. Aduyai..memang susah nak survive kat negara yang ada 4 musim ni actually. Lepas tolong atuk tu..aku macam terfikir jap, no wonder orang yang tinggal di tempat yang ada cuaca yang ekstrem ni otak diorang agak pikap sket sebab they have to think on how to keep on surviving no matter what it takes..

Pastu aku pon macam kagum gak lah dengan budaya tegur-menegur & tolong menolong kat sini. Aku notice kalo setiap kali nak melintas tak kira laju camne pon kete tu atau aku macam jauh lagi nak sampai kat bahu jalan, tak kira kereta atau lori depa akan stop bagi laluan..pejalan kaki memang diutamakan. Aku rasa kalo kat tempat kita dah mati kene gilis tak pon kene maki. On the way jalan gi kerja ni kalo selisih sama-sama, kenal atau tak..mesti diorang tegur “Bonjour~” (selamat pagi) atau “Ca Va?” (Apo kabor?”) Kita ada buat camni setiap hari? Dan yang best..korang boleh pau rokok pada sesiapa sahaja kalo rase nak pau.. Ciknur brape kali kene pau.. At first aku macam “WTH!! Selamba lu je pau rokok tepi jalan”..tapi Ciknur cakap kat sini rokok tu macam “rokok ko rokok aku gak”.

Ini yang bagusnya kalo kita dapat berjalan pergi tempat orang & tengok budaya orang macam mana. Cuba kene ingatlah..ambil yang jernih buang yang keruh. Janganlah bawak balik perangai yang tak senonoh balik ke kampung halaman. Nak makan kaki namanya tu.. Sedikit sebanyak apa yang aku taipkan ni boleh lah dikongsikan bersama kepada member-member yang lain.

End of day 4.

Lupa nak cakap..Ciknur pon tergolek gak pas tolong atuk tu.. Muahahaha!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s