Archive for April, 2011

Kisah Beruk Mat Yeh: Nasi Lemak

Posted: April 24, 2011 in Uncategorized

Apa kaitan Nasi Lemak dengan Beruk Mat Yeh?


Aku akan meletak apa sahaja topik yang aku rasa adalah beruk mat yeh sungguh apabila dibincangkan.

1. Nasi Lemak ialah antara makanan tradisional orang melayu yang paling kontroversi & paling hangat dibincangkan oleh kabinet ketika ini.

2. Isu menghadkan penjualan nasi lemak di kantin bukanlah perkara yang pertama melibatkan nasi lemak dan kabinet. Pada tahun 2007  semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.

3. Apa yang membuatkan Nasi Lemak kita berlemak? Santan.  Kalau nak mengelak obesiti di kalangan kanak-kanak kenapa tidak menghadkan terus penggunaan santan dalam masakan? Teknik ini dipanggil Root Caused Analysis dalam engineering method.

4. Melainkan santan yang digunakan ialah santan tiruan. Ada campuran chemical seperti yang dilaporkan TV3, maka santan yang kononnya punca obesiti itu tiada beza dengan Nugget, Frankfurter, & French Fries yang dijual di kantin sekolah.

5. Nugget & Frankfurter bukanlah 100% daging yg sebenar. Kalau korang tahu how it’s made..for sure korang akan menjadi semi-vegetarian seumur hidup.

6. Waktu persekolahan bagi kebanyakkan sekolah-sekolah di Malaysia ialah dari jam 7am sampai 1pm.  Dan waktu rehat yang diperuntukan adalah sejam maksimum. Maka Dalam tempoh 24 jam sehari, kanak kanak ini hanya ada masa sejam untuk menggemukkan diri mereka segemuk yang mungkin dengan memakan nasi lemak setiap hari.

7. McD, KFC dan makanan segera yang lain tidak termasuk digolongan makanan yang tidak menyihatkan kerana kanak kanak sekolah tidak boleh keluar dari kawasan sekolah untuk membeli ia setiap hari di waktu rehat sekolah.

8. Sedarkah korang yang majoriti pembuat, peniaga, pemakan & pengkritik nasi lemak ialah melayu? Secara tidak langsung nasi lemak adalah ekonomi orang melayu sejak berkurun lamanya.

9. Adakah ekonomi orang melayu akan terjejas?

10. Adakah majoriti kanak kanak melayu ada obesiti?

11. Tahukah korang ada perkataan nasi lemak diulang 10 kali dalam post ini?

-pen off-

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya kat aku…

Macam mana CPS ni berfungsi?

Apa maksud CPS?
Cam Profile Switching

Apa itu CPS?
CPS, Mivec, Vtec..semua teknologi yang sama. Valve lifting.

Apa beza?
Imagine KFC, McD & Otai Burger.. Semua ada jual burger kat kedai masing2..tapi rasa semua lain2 kan?

Kenapa CPS tak power mcm Vtec?
1. Sebab valve lifting hanya pada intake cam..Vtec ada kat intake & exhaust.
2. Sebab nak reduce cost.
3. Sebab kita duduk di Malaysia. Nothing’s cheap!

Model Proton apa yang pakai CPS?
Satria Neo, Gen-2, Waja & Exora

Bila CPS activated?
Gen-2, Waja & Exora @3.8k rpm
Satria Neo @4.4k rpm

Kenapa Satria Neo tak sama macam yang lain2?
1. Entah.. katanya revised for more aggressive driving. Cuba tanya Datuk Syed Zainal..

Kalau saya pakai CPS ni apa mod yang best untuk improve power?
NEVER! Toksah gatal2 nak mod..pasti ko akan menyesal macam aku.

Kenapa plak?
Once u start..u can’t stop! There no ending on a NA modification.. you’ll just keep losing all your hard earned money dude.

Kalau degil gak nak mod..apa nak pasang?
1. A good exhaust system + Exora Manual Gearbox
2. Go for turbo.. 7k++ end of story.
3. Lantak ko lah..

Dalam engine CPS ada VIM. Apa tu VIM?
Variable Intake Manifold

Apa fungsi VIM?
VIM switches between a long intake manifold at low RPMs and a short intake manifold at higher RPMs. According to Proton, a longer intake manifold is used at low RPMs to achieve slower air flow; this promotes better mixing with fuel. The short intake manifold allows more air in faster. This is beneficial at high RPMs.

Eh Campro IAFM pon ade VIM. Apa beza?
VIM in IAFM activated guna vacuum (mechanically)
VIM in CPS activated guna electronic (@ 4.8k rpm)

Apa jadi kalau VIM rosak atau tak berfungsi?
pada RPM tinggi (4.8k rpm above) ko akan rasa seperti memandu sebuah Buggati Veyron… 5.0L petrol per kilometer. (happened to me)

Kenapa Satria Neo CPS beza harga sampai RM9k compare to Satria Neo biasa?
Sebab dia bukan Myvi SE.

Semua fakta kat atas ni betul ke ko tipu aku?
Haah aku bohong je..Buahahahahan!

Jahanam!

-pen off-

Sumber: hasil penipuan aku..