Kisah Beruk Mat Yeh: Nasi Lemak

Posted: April 24, 2011 in Uncategorized

Apa kaitan Nasi Lemak dengan Beruk Mat Yeh?


Aku akan meletak apa sahaja topik yang aku rasa adalah beruk mat yeh sungguh apabila dibincangkan.

1. Nasi Lemak ialah antara makanan tradisional orang melayu yang paling kontroversi & paling hangat dibincangkan oleh kabinet ketika ini.

2. Isu menghadkan penjualan nasi lemak di kantin bukanlah perkara yang pertama melibatkan nasi lemak dan kabinet. Pada tahun 2007  semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.

3. Apa yang membuatkan Nasi Lemak kita berlemak? Santan.  Kalau nak mengelak obesiti di kalangan kanak-kanak kenapa tidak menghadkan terus penggunaan santan dalam masakan? Teknik ini dipanggil Root Caused Analysis dalam engineering method.

4. Melainkan santan yang digunakan ialah santan tiruan. Ada campuran chemical seperti yang dilaporkan TV3, maka santan yang kononnya punca obesiti itu tiada beza dengan Nugget, Frankfurter, & French Fries yang dijual di kantin sekolah.

5. Nugget & Frankfurter bukanlah 100% daging yg sebenar. Kalau korang tahu how it’s made..for sure korang akan menjadi semi-vegetarian seumur hidup.

6. Waktu persekolahan bagi kebanyakkan sekolah-sekolah di Malaysia ialah dari jam 7am sampai 1pm.  Dan waktu rehat yang diperuntukan adalah sejam maksimum. Maka Dalam tempoh 24 jam sehari, kanak kanak ini hanya ada masa sejam untuk menggemukkan diri mereka segemuk yang mungkin dengan memakan nasi lemak setiap hari.

7. McD, KFC dan makanan segera yang lain tidak termasuk digolongan makanan yang tidak menyihatkan kerana kanak kanak sekolah tidak boleh keluar dari kawasan sekolah untuk membeli ia setiap hari di waktu rehat sekolah.

8. Sedarkah korang yang majoriti pembuat, peniaga, pemakan & pengkritik nasi lemak ialah melayu? Secara tidak langsung nasi lemak adalah ekonomi orang melayu sejak berkurun lamanya.

9. Adakah ekonomi orang melayu akan terjejas?

10. Adakah majoriti kanak kanak melayu ada obesiti?

11. Tahukah korang ada perkataan nasi lemak diulang 10 kali dalam post ini?

-pen off-

Advertisements
Comments
  1. D says:

    i think im in love with u

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s