Archive for August, 2011

Kisah Mari Uji Kesabaran Di Bulan Ramadhan Revision 1

Posted: August 22, 2011 in Uncategorized

Kepada sesiapa yang pernah baca post ni Ramadhan tahun lepas, apa kata kita kasi review sket..

Salam Ramadhan 1431 Hijrah, (Kini 1432 Hijrah)

Berikut adalah perkara-perkara tang sangat menguji kesabaran aku di Bulan Ramadhan kali ini.

  • Lebuh Raya Pasir Gudang (dah tak lalu dah)
  • Supplier (dah 3 bulan kat sini, still no headache)
  • Baazar Ramadhan Taman Rinting (skarang gua lepak version Kampung Pasir Putih plak, Terbaek!)
  • Phone HTC (sudah tukar juga, terbaek!)
  • Pintu pejabat (kalau terlupa bawak access card mmg sucks!)
  • Spring belakang motor Khir (skarang gua naik JMW)
  • Internet lembab (Kekal lembab)
  • Maybank2U (Kekal lembab)
  • Wallet (Kekal nipis)
  • Seluar jeans lambat kering (Masih begitu..)
  • Profile photo FB Nuox Hajizul (Nasib baik dah tukar..)
  • Asam Pedas Brillance Corner (sudah lingkup..so sad)

remain unknown

Setakat hari ini, alhamdulillah puasa aku belum ade yang terkantoi..

(So tahun ni tahap kesabaran aku masih lagi terkawal, dah tak banyak perkara-perkara yang mampu menggoyahkan iman aku. Mungkin sebab tengah menghitung hari kot..muhaha!)

-pen off-

Ini adalah cetak berkomputer, tandatangan tidak diperlukan.

Advertisements

Bukan Malaysia je ade 1Malaysia, hantu pon ade etnik mereka sendiri. Aku yakin terutamanya mereka yang dilahirkan pada zaman 80-an sudah tentu mengenali semua Vampire kt bawah.

Malay Vampire (Puntianak/Kuntilanak)

Tergolong dalam kumpulan hantu yang paling popular dalam masyarakat Melayu. Same old shit, perempuan, hodoh, rambut panjang, mata merah, mati sebab bersalin…bla bla bla. No need to explain more.

(Jangan tanya kenapa aku letak gambar Maya Karin dan bukannya real Puntianak. Jawapan dia ialah aku cuak sebab skarang dah lewat malam & aku dok sorang, end of story.)

Chinese Vampire (Jiang Shi)

One of my favourite! The Hopping Chinese Vampire. Ini lah Vampire yang paling seronok ditonton waktu kecik dulu! Bukan sekadar menyeramkan, Vampire ni juga ialah Part-Time Comedian+Martial Artist. Sebab dia lawak & pandai berkungfu! Sami yang nak meng-exorcist-kan dia pun perlu mahir berkungfu secara serius.

Indian Vampire ( BrahmarākŞhasa)

Seriusly, bukan niat aku nak troll Indian Vampire, tapi maklumat mengenai mereka memang sangat lah sedikit. Ini mungkin kerana kita kurang didedahkan dengan unsur-unsur tahyul masyarakat India di TV3 mahupun Astro B4U. The only Indian Ghost yang aku kenal ialah Hantu Gelimat! So sesiapa ada info pasal Indian Vampire silalah share dengan aku.

Western Vampire (Edward Cullen)

Disebabkan terdapat ramai expat dari negara barat yang bekerja di Malaysia, maka apa salahnya kita selitkan Vampire depa kat sini. Takut nanti kekecikan hati pula pun~

-pen off-

Aku bajet selain dari mengutuk mesti ramai lagi yang tak tau apa tu Body Control Module (BCM) yg ade kt Exora. Yelah, bak kata si bijak pandai Malaysian pandai design & buat lampu kete je.

Apa itu BCM?

BCM ialah satu modul yang mengintegrasikan semua fungsi (basic/standard) kawalan elektronik kenderaan dalam satu sistem.

Mari kita lihat satu persatu apa yang ada dalam BCM Exora:

1. Immobilizer System – Kunci transmitter yang sah sahaja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima (receiver) khas di dalam silinder kunci kenderaan. (Ciri ini juga terdapat dalam model-model lain.)

2. Transmitter Battery Indicator – Penunjuk aras bateri transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter.

3. Vehicle Search – Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali, dan semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “Beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda. (Sesuai untuk mereka yang selalu lupa mana parking kereta, pastu kecoh kata kete hilang)

4. Driver Door Unlock – Untuk membuka kunci pintu pemandu dahulu diikuti pintu-pintu yang lain. (Mungkin sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecik kot)

5. Actuator Heat Protection – Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci dibuka/tutup sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat. (Sistem anti-pencuri, macam kita salah key in password kt windows log on screen)

6. Vehicle Door Ajar Reminder – Untuk pintu upemandu & penumpang  yang tidak ditutp dengan sempurna, ‘Door Actuator’ akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci tanpa bunyi amaran “Beep”. Untuk pintu belakang (bonet) & hood enjin yang tidak ditutp dengan sempurna pada masa transmitter di tekan (lock), akan kedengaran bunyi “Beep” sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci semula secara automatik selepas 10 saat.

7. Alarm History – Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan berkelip-kelip pada panel meter untuk menunjukkan bahawa terdapat cubaan pencerobohan pada pintu-pintu, bonet & hood.

8. Courtesy Room Lamp – Lampu enjin akan menyala selama 30 saat selepas enjin dimatikan. (Ni stendet dah skang)

9. Room Lamp Auto Dimming – Keterangan lampu dalaman kereta akan bertambah atau berkurangan secara automatik berdasarkan kecerahan kawasan.

10. Battery Saver – Kesemua lampu kabin yang dibiarkan menyala untuk tempoh yang lama akan terpadam secara automatik selepas beroperasi lebih dari 20 minit.

11. Follow Home Lamp – Lampu hadapan kereta akan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan pada waktu malam. Suis lampu perlulah dihidupkan kemudian dimatikan serta merta dalam tempoh 10 minit selepas enjin dimatikan.

12. Intermittent Wiper – Kelajuan selaan motor wiper dapat diprogram dari 2 – 25 saat. (Default: 4.5 saat)

13. Drip Wiping – Secara Automatik akan mengelap lelehan air yang berlebihan sebanyak sekali dalam masa 5 saat sekiranya pencuci cermin digunakan.

14. Auto Rear Wiper – Wiper cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear undur diaktifkan. (Aku tak pasti samada air pembersih cermin akan keluar sekali ke tak, sebab mengaktifkan wiper pada cermin yg panas & kering akan merosakkan wiper)

15. Speed Sensitive Wiper Operation – Kelajuan wiper akan berkurangan secara langsung apabila kelajuan kenderaan juga berkurang atau berhenti pada lampu isyarat. Ini membantu memanjangkan jangka hayat wiper.

16. Hazard Deceleration – Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek mengejut atau kecemasan apabila kenderaan bergerak lebih dari 96km/h. (Really helpful in highway. Aku kene buat secara manual)

17. Lane Changing Assist – Dengan hanya sekali sentuhan ringan pada suis signal, lampu signal akan menyala sebanyak 3 kali. (Sesuai untuk pemandu-pemandu di Pasir Gudang & kaki Wangan atas highway)

18. Crash Unlock – Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara diaktifkan, kesemua kunci pintu akan terbuka & lampu kecemasan akan diaktifan secara automatik.

19. Speed Auto Lock – Pintu akan terkunci secara automatik sekiranya kenderaan bergerak pada kelajuan 20km/h. Bunyi “Beep” akan kedengaran sekiranya pintu tidak ditutup dengan rapat pada kelajuan 7km/h.

20. Auto Door Unlock – Semua kunci pintu hanya akan terbuka apabila kunci ditarik keluar daripada silinder kunci. Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya.

Kalo ade yang cakap, eleh semua ni BMW dah ade 20 tahun lepas.. jelaslah minda korang lagi mundur dari Malaysian pada tahun 2011. Kalo teknologi ni ada pada Proton 20 tahun lepas, korang mampu ke nak beli?

(Nak dapat Besi S355K2 untuk buat Subsea Structure nak support local Oil & Gas industry pon kita kene import dari Singapura.. Negara kita masih lagi dalam fasa membangun, give ‘her’ chances!)

-pen off-