Archive for February, 2012

Sebagai salah seorang pengguna Satria Neo, aku rase aku patut share info ni kepada semua pengguna Satria Neo lain yang berada di luar sana. (Terutamanya untuk rakan-rakan SNC, R3LRT, SNCT & Neo Group of Putrajaya)

Benda yang aku nak bagitau ni ada terletak dibahagian bonet belakang, kalau takde, maka ia adalah satu masalah yang SANGAT serius!! Aku rase korang patut pergi claim dekat Proton Center yang berhampiran kerana ia adalah sangat berguna terutamanya kepada mereka yang sudah berkeluarga.

Benda yang aku maksudkan ialah…

image

Dijamin selamat, tak kan bergolek, mahupun pecah as long as it is tergantung..hahaha!

-pen off-

Advertisements

Kisah Mitos Sticker Kereta vs Abang JPJ

Posted: February 4, 2012 in Uncategorized

Hohoho! Pagi-pagi rezeki memang murah..bukan rezeki duit je. Rezeki info pon dapat. OK, sedikit info untuk dikongsi dengan korang semua yang nak tampal sticker satu body kat kereta tapi takut-takut dengan JPJ.

Info ini dicedok dengan izin seorang kenalan gua dalam dunia permotoran. Bro Reef Dee.

 

“Info dari budak2 waja(diorang gi email JPJ, kekeke):

Tuan,

Bersama-sama ini adalah maklumbalas bagi perkara yang diajukan:

1. Adakah menjadi kesalahan sekiranya stiker carbon dipasang pada bonet hadapan kereta.

Pemasangan pelekat jenis karbon yang lazimnya dipasang pada bonet hadapan adalah dibenarkan.

2. Adakah menjadi kesalahan sekiranya keseluruhan kereta dibalut dengan stiker,saya pernah terjumpa beberapa kereta yang dibalut dengan stiker 100% sehingga tidak menampakkan cat dan warna asal kereta tersebut.

Pemasangan pelekat pada keseluruhan badan kenderaan sehingga menutup warna asal adalah tidak dibenarkan.

3. Saya juga penah terdengar bahawa,stiker yang ditampal bada body kereta mestilah tidak melebihi 60% keseluruhan kereta..adakah benar kenyataan tersebut?

Pemasangan pelekat pada badan kenderaan mestilah tidak melebihi 60% daripada warna asal kenderaan. Ini adalah supaya tidak menimbulkan masalah kepada pegawai penguatkuasa dalam menentusahkan identiti kenderaan.

Sekian, terima kasih.

Bhgn Kejuruteraan Automotif,
Ibu Pejabat JPJ

-pen off-