Archive for May, 2012

Topik kali ini sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin terutamanya lelaki yang menghadapi dilemma ‘single pack’, ‘pouch bag’ atau dalam bahasa inggerisnya..Buncit.

Pernah tak korang pada satu tahap begitu tekad dan nekad untuk mengembalikan keadaan perut korang kepada asal? Terutamanya bila banyak baju & seluar yang membuatkan korang rasa diri korang kacak suatu ketika dahulu kini hanya terlipat dalam gebok tunggu masa untuk dibuang, bila ramai yang menegur ‘humang aih..biar betol’ atau bila doktor dah bagitau BMI awk sudah melebihi paras ideal.

Ia ini semua berlaku kepada aku, fuuuuuu. Wa dulu slim habaq hang skang dah boyot pun hadoi.. pagi tadi siap bawak nestum 3 in 1 bajet nak kasi kenyang, supaya lunch nnt makan roti pon jadilah..punyalah tak nak makan nasik.

Sekali dah sampai Medan Selera Sarang Buaya a.k.a Sarbu (melalui Litar Sarang Buaya) dan dihadapkan pulak dengan lauk-lauk berpuaka ni..hmmm hancur..

image

Di tambah plak dengan harga macam tu.. errr..takpe lah malam ni tak yah makan nasik ye Hapipi.

(iklan ini ditaja oleh makcik & pakcik owner kedai makan dekat Sarbu..kthaxbye)

-pen off-

Advertisements

Seperti yang dijanjikan, aku akan kasi review sedikit pasal Proton Prevé yang baru dilancarkan. Aku mulanya agak berat nak menaip sebab tak banyak gambar yang aku boleh share dekat sini sebab memang aku tak sempat nak ambik satu pun gambar.  Gambar aku baru ambik semalam untuk menambahkan lagi kesan dramatik. Pandu uji kali ni memang agak mengejut, sebab masa tu aku ada di pejabat dan kemudian sahabat aku Mokhzani Mohsin a.k.a Babah the Mexican Crispy Mustache-Man bagitau aku yang kawan-kawan dia dari Proton Edar yang berhampiran dah sampai kt luar office untuk sesi pandu uji. Entah masa bila dia arrange pun aku tak tau, kalau aku tau dari awal boleh la aku prepare camera awal2.

Lokasi pandu uji bermula dari Medan Selera Taman Sarang Buaya, Pasir Gudang hingga ke Technip Asiaflex dan patah balik which consist of 2 S-corners, 1 L-wide corner 3 corners, & 1 laluan lurus (almost 300m 400m) yang aku panggil Jalan Drag Asiaflex.

Kalau korang cuba cari lokasi ni dalam Google Map mintak maaf la sebab korang hanya akan nampak kawasan tanah merah je, map belum update. Dey Google, 3 years already..seriously??

Aku dah banyak dengar dari review2 sahabat & kenalan dari FB yang mengatakan in term of performance (initial torque) Prevé agak mengecewakan, bukan loser habis cuma ia tidak mencapai expectation kami (petrol heads). Ini memang dijangkakan bila sahaja aku dapat tau dari media yang Prevé mempunyai gearbox CVT (used a lot by Nissan, where they strongly claimed that it’s cheaper, fuel savers & comfortable) so dari awal, aku dah memang set yang kereta ini memang Family Car.

Aku mulakan pandu uji dengan 4 adults inside this Prevé 1.6 CFE, with gear selection on D for normal driving experience. Once aku step on the accelerator, rasa numb tu memang terasa agak berat untuk menggerakan kereta ini (as expected). So aku terus batalkan niat untuk buat ujian 0-100km nanti aku sendiri yang frust. Tapi apa yang aku suka, jarum RPM sangatlah rendah kalau aku tak silap masa tu maintain 80-100km, RPM baru 2.2k ke bawah. Neo aku 3.2k baru 100km..jangan tanya sebab ape. Lolololololl..

1st corner di hadapan, salesman cakap “kete ni layan corner sedap” aku pon balas, “ye ke? boleh saya test” (ayat pancing..haha) Salesman dah bagi lesen, “henyak je bang”..aku pon tekan lagi minyak, ambik corner selaju yang boleh mula2 agak cuak sebab takut terbabas, membe2 kt belakang dah jerit2, tayar pon dah jerit2..amazingly sedikit pon tak terbabas! aku masa tu dah kagum  sikit, “OK, not bad. Apa kata corner depan kasi lagi laju?” Salesman dah siap2 paut pemegang kat atas including membe2 kt belakang yang menyesal naik dengan aku & lupa pakai seatbelt. 2nd corner, kali ni memang aku hentam laju2 & again ia masih melekat. Dengan mengekalkan kelajuan, aku hentam lagi 1 corner yg agak lebar tapi berpasir, dan ya Prevé ini masih melekat!

Kekecewaan aku sedikit terubat, sebab personally aku ni bila nak judge satu kereta, aku memang kena bawak dulu sebab bukan engine performance yang aku carik tapi a good ride & handling car. Laluan yang aku gunakan untuk pandu uji ni adalah laluan yang aku sering gunakan dengan Neo aku, so aku tau tahap gegaran jalan-jalan kat sini, dengan Prevé pula semua gegaran itu seolah2 lenyap and yes, she is comfortable but yet superb in handling, a rare combination that you can find for a new car with below RM75k price tag.

Jalan lurus dihadapan, so ini masanya untuk aku bermain2 dengan paddle shifter (I’m not a big fan of paddle shifter). Pertukaran gear memang lancar, tiada sentakan dirasai. Thanks to the CVT gearbox. Then aku main2 pulak dengan sports mode,  sports mode sepertimana yang dijelaskan oleh abang salesman & apa yang aku bawak, ia memang meningkatkan response bukan sikit tapi banyak, rasa macam korang drop gear kalau nak memotong dengan manual tranny bila korang step on the gas on the Prevé but for all this there is a price to pay, peningkatan Fuel Consumption. Of course la.. nak laju minyak parak la sikit. Ferrari nak minyak macam Viva memang tak dapek la bro..

Pastu, untuk ujian terakhir kami masuk ke Jalan Drag Asiaflex..haha. Budak2 Technip Pasir Gudang tau la jalan ni..sedap woo main drag. Salesman yang temankan aku ni agak sempoi & dia pon drive Neo gak..so masing2 dah paham macam mana handling Neo. Dekat jalan ni, aku buat ujian 0-100-0, bermula dari keadaan statik, pecut kepada 100km then sudden brake sampai statik balik. Aku buat test ni in normal drive mode, no sport, no manual.. sebab aku nk dapatkan result based on the lowest performance the car can achieve. Semua dah ready, jalan pon clear, set and go!  From 0 to 100, agak boring but then once dah sampai 100 masa tu jalan dah nak habis kalau aku tak brake sekarang memang aku langgar divider jalan, …brake!!! Immediately, braking performance Prevé dapat dirasakan..memang braking dia sangat superb! Aku sempat hentikan kereta & jauh lagi jarak sebelum aku sampai ke penghujung jalan. Pastu kami pon terus patah balik, layan2 corner sikit before aku lunch..sebab memang masa rehat pun masa tu.

Kesimpulannya, kereta ni sesuai untuk orang yang mencari family sedan dan begitu particular dalam handling kereta dan tak kesah langsung pasal engine performance, build quality or brand name. Macam diri aku sendiri, I don’t give a damn about the interior, exterior or performance. Benda pertama aku check kalau masuk showroom, ialah suspension belakang, and handling. Trust me, once you got a hand on a very good handling car.. bagi lah kete ape pon yang lagi mahal. Korang tetap ingat kat yang lagi sedap handling tu..

Some of you may say that I’m on of P1 big fans. But no, you are wrong.. aku beli sebab itu je yang aku mampu beli & maintain, Kepada yang mampu untuk pakai yang lagi elok, just go ahead..it’s your money. Tapi jangan sampai beli kereta mahal2 tapi tengah bulan makan megi, ikat perut.. ayat biar papa asal bergaya tu dah lapok.. lagi pon cars just a piece of metal built to transport you from point A to point B, that’s it.

-pen off-