Archive for July, 2012

13 Julai 2012.
Plaza Angsana, Johor Bahru.
Malaysia Rally Championship 2012.

Aku dengan 3 orang lagi kawan (Azril, Zam & Halil) sepakat nak turun Plaza Angsana sebab kami berempat memang jakun tahap shakalakala suppperr nak tengok Satria Neo S2000 beraksi secara dekat.

Setiap tahun aku memang tak pernah miss MRC kalau depa dah turun Angsana, tapi tahun ni memang meriah siap ada booth R3 jual merchandise & performance parts.

Dipendekkan cerita, kami bertemu dengan salah seorang top management R3 Division and we spent nearly one hours standing in the booth talking about automotive, careers, sharing our interests & etc.

Memang ianya satu peluang yang aku rasa sangat rare & aku sangat rasa bertuah dapat borak dengan dia just because of both of us got the same childhood dreams, cuma dia sudah membuktikannya & dia telah berjaya mencapai cita-cita dia.

Berikut adalah antara topik-topik & kesimpulan yang telah kami bualkan malam tadi:

1. Cerita disebalik bagaimana CUSCO berminat dengan Satria Neo.
2. Speech dari on of the big boss in CUSCO tentang Proton, dan speech ini disampaikan oleh orang Jepun yang mahir dalam berbahasa Bahasa Melayu, dan ucapannya berbunyi “Semasa KLIMS 2010, saya diberi peluang untuk memandu uji Proton Exora dan saya sangat suka kereta ini, di masa yang sama saya juga ternampak sebuah Proton Satria Satria Neo yang juga sedang dipandu uji dan pada hari ini saya berasa amat bangga sekali kerana anda semua (R3 representative) berada di tanah air saya (Jepun) untuk mempamerkan kereta anda”
3. Sebab kenapa setup rear suspension Prevé agak pelik & macam membazir ruang? It’s a preparation for our next model & 1st 4WD car.
4. Prevé Hatchback atau P3-22A dijangka akan diumumkan pada first quater of 2012.
5. The Prevé R3 (Sedan or Hatchback) will be at least 180 to 200hp (WTF!!) dan berat yang bersamaan dengan Satria Neo R3 merah.
6. Current Red Neo R3 mempunyi emision rate in nearly Euro 3.8 which is almost to 4, dan ia adalah hasil R&D yang tidak disengajakan.
7. The most mysterious Proton ever… Exora Caldina! It’s actually not a revise version of Exora but actually sebuah Exora yang dipotong roof nya untuk simulate berat & balance yang sama seperti Prevé. So before Proton really make a real body of Exora, depa buat macam ni sebab Prevé adalah Exora yang ditukar body. They shared the same platform & got a lot of carry over parts! (same goes with Savvy & BLM)

8. Ayat legend dari seorang lelaki Jepun yang dia sangka orang biasa semasa mereka berbual beramai-ramai. “No no no, I’m not a legend, I only created Evo 1,2,3,4,5,6 and 7.. he is the real legend” sambil menuding jari to another Japanese guy..

* Disperency of facts to be expected because kita merancang dan tuhan yang menentukan + aku taip entry ni after 10 hours bual bicara ni berlaku, so maybe ade yg aku terlupa sikit.

Tapi salah satu topik yang dia sembang dengan kami yang aku rasa amat bermakna untuk semua petrolheads yang sedang membaca entry ni, ketahuilah.. Among car manufacturer & motorsports professional in the world they make friends without judging where are you from and superbly humble but kita di sini bermusuh dalam kelab kereta model yang sama pulak tu..hadoi. Sikit2 mau marking, ajak masuk track tak nak.

-pen off-