Archive for the ‘Buddies’ Category

Menulis entry kali ini membuatkan aku berfikir panjang sebelum aku klik button post. Sebab dengan mengepost entry ni maka jatuh lah saham wa yang bernilai dua puloh lima dirham! Haha! (mampos kalo bini aku baca ni)

OK macam ni lah, dipendekkan cerita tanggal 16 September 2011 yang lalu sebagai anak Malaysia yang patriotik aku melafazkan akad nikah dihadapan Pak Mertua aku a.k.a Haji Nan sebanyak 3 kali lafaz pada jam 8:30 malam. (3? ada aku kesah?) Maka disaat itu sah lah aku menjadi suami kepada isteri aku, Puan Miramy a.k.a my cute fat wife!

Hangpa nak gelak hangpa gelak lah..yang dah kawen tau la macam mana rasa dok atas bantal kecik masa nak angkat nikah tu. Masa tu kalo ade orang tampor muka korang laju-laju pon dah tak rase ape.

Selesai acara angkat nikah, maka sampai acara batal air solat. (aku skip la acara2 lain). The moment I’ve been waiting for..peluang ini hanya datang sekali sahaja seumur hidup melainkan korang ada pasang niat nak nikah 4 kali. Semua tau pas sarung cincin kan masa tu kita semua akan menggedikkan diri utk mencium dahi isteri dengan penuh kelembutan dan dalam masa yang sama menahan muka yang penuh kerakusan sambil melihat jam alahai baru kol 9 ke?

Masa tu jugak abang photographer Encik Azam cakap, ok pi..cium tu hold lama sket nak shot gambar nih..aku pon apa lagi..mmwwaahhhhh! Hold lama2..dan tetiba muka Miramy berubah serta merta dari penuh keayuan menjadi berkedut menahan siksa! Ya..sebelum datang nikah aku dah pekena nasik & petai kaw kaw! Hahaha..Ambek kau Miramy!

But well deep in my heart, I love you Miramy.. lain kali kalo kawen lagi dengan orang lain saya tak buat dah ek?

                   DSC_4272-picsay

Credits untuk jurugambar kami: Bro Azam Hashim, http://blog.azamhashim.com/

-pen off-

Advertisements

Kisah Satu Bilik Darjah

Posted: July 30, 2010 in Buddies

Hari ni aku masuk opis macam biasa aku check notification FB kat email aku, Abdul Razak Azman have tagged you on a photo.. aku pun klik lah link tu. Dengan sabar aku tunggu gambar tu load, hahaha~ aku tergelak sorang-sorang. Rupa-rupanya tu gambar kelas aku masa aku tingkatan tiga dekat SMK Sungai Besi dulu tahun 2000.

Sudah 10 tahun beb gambar tu, seorang demi seorang aku belek tengok muka kawan-kawan aku. Paling aku tak boleh blah ialah gamba aku..wakaka! Ni kalau Cik Miramy nampak comfirm dia gelak guling-guling..

Pastu aku pon klik lah seorang demi seorang nama member aku yang di tagged kat gambar tu. Bila profile semua dah load, aku tengok ada yang dah berubah, ada yang takde apa-apa perubahan, & ada yang dah jadi bapak budak dah pun. Masing-masing dah berjaya & hidup bahagia (sebab aku tak jumpa pon yang letak gambar profile muka tgh sedih). Semua yang ada dekat situ semua aku add..terimaka kasih lah aku ucapkan kepada Ajak & FB sebab menyatukan balik sirraturahim yang dah 10 tahun terputus. Serius memang aku dah lama cuba cari balik member-member sekolah aku dulu..akhirnya jumpa juga.

Harap-harap satu hari nanti aku dilapangkan masa untuk berjumpa dengan mereka semua.. =)

-pen off-