Archive for the ‘Hari Ni Aku Belajar’ Category

Okeh, bulan ni genap phone Android aku umor 13 bulan. Dah lama rupanya aku pkai phone ni. Phone yang ke 5 aku pkai sepanjang aku mengenali apa itu mobile phone.

Nokia 3315 – 2003 (cicir kt Bukit Merah Laketown Resort)
Alcatel OneTouch ape ntah – 2004 to 2006.
Nokia Ngage (1st Model) – 2006 to 2009.
HTC Touch Pro – 2009  to 2011.
HTC Desire HD – 2011 to present.

I’m a person who will use my phone to the max. Selagi mana ia mampu melaksanakan tugas selagi tu aku tak kan tukar..best part aku masih simpan semua phone2 lama aku since 2004.

Phone yang aku pakai sekarang ni mempunyai screen 4.3″ yg boleh di consider as big screen lah..dan disebabkan itu battery consumption dia pon sangat lah dahsyat! Compare to day 1 masa baru-baru beli, hari ni at least 2x full charged kalau nak phone ni maintain hidup.

Satu hari aku dok baca2 wall facebook aku, then terjumpa seorang kawan yang post link pasal camne nak prolong battery life. Mula2 aku macam tak percaya sebab ayat dia ‘manual calibrating your battery’ tapi why not give a try, bukan nak rugi pong?

So cara-cara dia:

1. Full charge phone korang selama 8 jam atau lebih.

2. Kemudian, mati kan phone then charge lagi untuk sejam.

3. Matikan charger, hidupkan phone selama 2 minit. Then matikan balik.

4. Charge lagi selama sejam. Completed liao!

So at least korang memerlukan masa selama 10 jam untuk cuba method ni.

Keputusan dia, at fair usage of phone.. since jam 9:30 pagi tadi phone aku masih ada 67% of power left. (install app bateri power indicator kalau xde)

Tapi ni aku try kt phone aku lah.. tak tau plak kt phone model lain jadi ke tak. So ape2 nak kene cuba dulu..bye!

-pen off-

Advertisements

First of all, thanks a lot to all my fellow readers even ada antara korang semua memang aku tak kenal. Still, thanks a lot.

Okay, hari ni wa nak share sikit stats yang aku berjaya collect dari apps WordPress for Android ni.

Total views since Day 1 (July 2010): 5262 views!

Top 5 referres:
1. Facebook
2. Google Search
3. Baik Punya.com (huh?)
4. Twitter
5. SatriaNeoClub.com

Most search terms:
1. Servis aircond,
2. Repair aircond,
3. Tips cuci kereta

Kesimpulan:
Muahaha! Aku rase pasni aku nak bukak blog pasal servis aircond lah. Rupanya org view blog ni sebab nak servis aircond je..

Tapi tak kisah la, sebab dari aircond jugak org akan view post2 yang lain..lagi pon steps cuci filter aircond tu pon aku belajar dari orang lain & memang patut pon kita kene share balik. Sharing is caring..

So, target tahun 2012 aku nak bagi angka views cecah 10,000! Tapi ini tak bermakna aku akan spam post rubbish sebab nak kejar views.. biar orang dtg sebab kualiti bukan kuantiti. #emo sebab terlalu ramai mereka yang tiru gaya Obefiend sebab nak blog depa ‘laku’. They writes for fame and not for self satisfaction. Find your own identity, it’s what readers looking for.

Aku bajet selain dari mengutuk mesti ramai lagi yang tak tau apa tu Body Control Module (BCM) yg ade kt Exora. Yelah, bak kata si bijak pandai Malaysian pandai design & buat lampu kete je.

Apa itu BCM?

BCM ialah satu modul yang mengintegrasikan semua fungsi (basic/standard) kawalan elektronik kenderaan dalam satu sistem.

Mari kita lihat satu persatu apa yang ada dalam BCM Exora:

1. Immobilizer System – Kunci transmitter yang sah sahaja dapat menghidupkan enjin Exora. Terdapat alat penerima (receiver) khas di dalam silinder kunci kenderaan. (Ciri ini juga terdapat dalam model-model lain.)

2. Transmitter Battery Indicator – Penunjuk aras bateri transmitter terdapat pada panel meter untuk kemudahan pemandu mengetahui kadar kekuatan bateri transmitter.

3. Vehicle Search – Tekan butang “Lock” sebanyak 2 kali, dan semua lampu signal akan berkelip 3 kali beserta bunyi “Beep” akan kedengaran untuk membantu mengesan lokasi kenderaan anda. (Sesuai untuk mereka yang selalu lupa mana parking kereta, pastu kecoh kata kete hilang)

4. Driver Door Unlock – Untuk membuka kunci pintu pemandu dahulu diikuti pintu-pintu yang lain. (Mungkin sesuai untuk mereka yang ada anak-anak kecik kot)

5. Actuator Heat Protection – Punat pintu akan terhalang secara automatik selepas suis kunci dibuka/tutup sebanyak 30 kali secara berterusan. Ia akan kembali normal selepas 20 saat. (Sistem anti-pencuri, macam kita salah key in password kt windows log on screen)

6. Vehicle Door Ajar Reminder – Untuk pintu upemandu & penumpang  yang tidak ditutp dengan sempurna, ‘Door Actuator’ akan terbuka semula apabila transmitter digunakan untuk mengunci tanpa bunyi amaran “Beep”. Untuk pintu belakang (bonet) & hood enjin yang tidak ditutp dengan sempurna pada masa transmitter di tekan (lock), akan kedengaran bunyi “Beep” sebanyak 5 kali dan kenderaan akan dikunci semula secara automatik selepas 10 saat.

7. Alarm History – Simbol pintu renggang (Door Ajar Indicator) akan berkelip-kelip pada panel meter untuk menunjukkan bahawa terdapat cubaan pencerobohan pada pintu-pintu, bonet & hood.

8. Courtesy Room Lamp – Lampu enjin akan menyala selama 30 saat selepas enjin dimatikan. (Ni stendet dah skang)

9. Room Lamp Auto Dimming – Keterangan lampu dalaman kereta akan bertambah atau berkurangan secara automatik berdasarkan kecerahan kawasan.

10. Battery Saver – Kesemua lampu kabin yang dibiarkan menyala untuk tempoh yang lama akan terpadam secara automatik selepas beroperasi lebih dari 20 minit.

11. Follow Home Lamp – Lampu hadapan kereta akan menyala selama 30 saat untuk membantu pemandu membuka kunci rumah dalam kegelapan pada waktu malam. Suis lampu perlulah dihidupkan kemudian dimatikan serta merta dalam tempoh 10 minit selepas enjin dimatikan.

12. Intermittent Wiper – Kelajuan selaan motor wiper dapat diprogram dari 2 – 25 saat. (Default: 4.5 saat)

13. Drip Wiping – Secara Automatik akan mengelap lelehan air yang berlebihan sebanyak sekali dalam masa 5 saat sekiranya pencuci cermin digunakan.

14. Auto Rear Wiper – Wiper cermin belakang akan berfungsi secara automatik apabila gear undur diaktifkan. (Aku tak pasti samada air pembersih cermin akan keluar sekali ke tak, sebab mengaktifkan wiper pada cermin yg panas & kering akan merosakkan wiper)

15. Speed Sensitive Wiper Operation – Kelajuan wiper akan berkurangan secara langsung apabila kelajuan kenderaan juga berkurang atau berhenti pada lampu isyarat. Ini membantu memanjangkan jangka hayat wiper.

16. Hazard Deceleration – Lampu kecemasan akan menyala sekiranya terdapat aktiviti brek mengejut atau kecemasan apabila kenderaan bergerak lebih dari 96km/h. (Really helpful in highway. Aku kene buat secara manual)

17. Lane Changing Assist – Dengan hanya sekali sentuhan ringan pada suis signal, lampu signal akan menyala sebanyak 3 kali. (Sesuai untuk pemandu-pemandu di Pasir Gudang & kaki Wangan atas highway)

18. Crash Unlock – Sekiranya berlaku kemalangan sehingga menyebabkan beg udara diaktifkan, kesemua kunci pintu akan terbuka & lampu kecemasan akan diaktifan secara automatik.

19. Speed Auto Lock – Pintu akan terkunci secara automatik sekiranya kenderaan bergerak pada kelajuan 20km/h. Bunyi “Beep” akan kedengaran sekiranya pintu tidak ditutup dengan rapat pada kelajuan 7km/h.

20. Auto Door Unlock – Semua kunci pintu hanya akan terbuka apabila kunci ditarik keluar daripada silinder kunci. Kesemua pintu tidak boleh dikunci sekiranya pintu hadapan tidak ditutup sepenuhnya.

Kalo ade yang cakap, eleh semua ni BMW dah ade 20 tahun lepas.. jelaslah minda korang lagi mundur dari Malaysian pada tahun 2011. Kalo teknologi ni ada pada Proton 20 tahun lepas, korang mampu ke nak beli?

(Nak dapat Besi S355K2 untuk buat Subsea Structure nak support local Oil & Gas industry pon kita kene import dari Singapura.. Negara kita masih lagi dalam fasa membangun, give ‘her’ chances!)

-pen off-

Sharing is caring..moh!

1. The Muffin Top

Jangan memakai jeans yang terlalu ketat. Beli jeans yang sedang-sedang elok je kat pinggang. Kalau terlalu loose dekat kaki pergi je jumpa tailor. Kalau dah terdesak juga in case takde masa nak gi jumpa tailor, pakai la baju yang besar sikit kasi tutup itu Dunlop.

2. The One Who Thought They Are Hobbits

Haddoih..jika korang merasakan yang korang ni cukup tinggi awat lah gi pakai seluar jeans yang senteng (singkat)? Dengan memakai seluar yang senteng ia membuatkan kaki korang nampak lebih pendek dari yang sepatutnya..pun.

3. The Clorox’s Moving Billboard

Aku tau ada yang suka pakai Clorox kat rumah sampai dapat sponsorship untuk jadi iklan bergerak Clorox. Memakai jeans yang ada pattern ala-ala lusuh terutamanya di bahagian hips membuatkan hips & tights korang looks bigger dari sepatutnya. Pakai jeans yang warnanya solid dark, ia membuatkan kaki korang nampak slim.

4. The Rich & Famous

Ini seriously aku pon hairan.. adakah korang tidak sedar dengan memakai jeans yang terlalu besar membuatkan korang nampak kelakar especially jika korang adalah sangat kurus. Wearing big jeans doesn’t make you look big, but stupid. (macam abang kat atas ni)

5.  The Stylo-Mylo

Ini lagi sorang. Jeans was not created to be colorful or funky! That’s the most basic rules of jeans. Call me out of style or old-fashion, but I don’t care. Aku lagi sanggup keluar rumah pakai boxer Spongebob adik aku.

6. The Low Rider

Style ni memang sangat popular dengan remaji-remaji di luar sana yang rasa diri depa hot! Okay! I admit, if you got a beautiful hot ass then you are a Nose Bleeder. But! If got got an ass that even worst than Shrek or Princess Fiona..go to hell! Cheapo~

-pen off-

source: Tang Wei Chian via http://www.denimblog.com/denim-101/6-denim-donts/

Day 1,

Aku memulakan perjalanan dari Balakong dari jam 3:00pm, bak kata Encik Harun..”keluar awal, sebab kita tak tau apa nak kene buat kat sana (KLIA) nanti.

Dah sampai KLIA, check-in sudah, makan sudah, aku pon meng-babai-kan diri dengan parents. Pastu terus ke Balai Berlepas Antarabangsa, aku notice yang pemegang passport Malaysia tak payah beratur, “Auto-Check in” je sebab passport kita ada chip elektonik apa ntah! (aku baru tau kahkahkah!!)

Dipendekkan cite, naik flight ke Changi Airport..sampai Changi aku tak tunggu lama sebabnya flight MH607 aku tadi delay dalam sejam gak. So turun-turun je, amik boarding pass terus boleh masuk gate ke flight seterusnya AF257 (Air France).

Gila babeng besar boeing nih (777-300ER). Masuk-masuk flight aku disambut dengan mesra dari crew-crew Air France, “Bonsouir!” (Selamat petang) kata diorang. Huh! seronok toksah cakap ar! Tengok seat dia besar gila, canggih & chantek kot! Tengok tiket, owh seat aku 37J..”Jauh lagi ni” sekarang baru line 4-5. Semakin ke belakang semakin kecik seat..puu~ Lupa aku ni kelas ciput jo.. Jadilah dari dok mencangkung je.

Apa yang terjadi dalam flight yang memakan masa hampir 14 jam ni aku malas nak cite sebab ia adalah satu penyeksaan! Gilak lu! brape banyak movie & series aku layan! Dari tak layan cite Gossip Girl aku dah jadi addicted! Tido dah brape round, pejam celik pejam celik tak sampai gak..nasib lah ada sorang brader dari Puchong kat seat sebelah, ada gak membe nak mencarut same-same. Tapi dia lagi sadis.. Airport Charles de Gaulle Paris adalah transit sahaja. He has to wait for another 6 hours for his next flight to Nigeria yang memakan masa 7 jam setengah! Gilo~ Brader tu adalah seorang QHSE Engineer dari sebuah firma Oil & Gas, ada site visit katanya.

Waktu tempatan kini dah jam 6:10am..kapten dah buat announcement nak landing, tapi kali ni landing dia sangat scary ok! Siap drift sikit2..terhoyong hayang! Aku bercakap dalam hati “Oh god, why it have to be this plane yang nak drift!” Muka passengers lain sume dah kecut! Landasan basah & berais sikit2..itu lah sebabnya drift tadi.

Seriously even before landing lagi aku dah berdebar2 sebab aku risau, mana aku nak collect beg aku nanti? mana aku nak tuju nih? sape nak pikap aku nanti? Keluar sahaja dari cabin..fuh! amek ko..-4°C! Kecut telo weh! (sorry for my language..tapi kalo tapis2 xsyok la sebab perasaan sebenar tu disembunyikan).

1st problem..mana beg aku ni? Nasib aku baik sebab signboard kat Charles de Gaulle ni sangat mudah difahami & sangat jelas. Nice! So aku follow je ar gambar2 beg tu.. Kene lalu imigresen dulu la plak..beratur punya lah lama. Sekali sangkut, sebab passport aku xde cop ape2..dalam hati aku, “dem! teknologi memakan diri” Puas aku nak explain kat Pegawai Imigresen tu kat Malaysia aku pakai Auto-Check in sebab tu xde cop. FYI, tak ramai orang Perancis yang bagus dalam berbahasa Inggeris, ataupon buat2 tak reti sebab mereka sangat berpegang kepada bahasa Perancis.

So kat kaunter Imigresen diorang tu aku ng pegawai tu dah macam ayam ng itik..macam-macam aku kene soal. Last-last lepas gak. Alhamdulillah, so sekarang gi cari beg plak, turun je dari eskalator..tu ha beg aku tengah tunggu aku kat convayor sorang2 dia je, gilo~ seb baik xde penyamun!

Keluar je dari Balai Ketibaan, mujur ada seorang mamat yang pegang white board kecik bertulis “SERIMAX”. HOH! Aku lah tu! Lantas aku gi lah sampuk dia! Konon nak jadi mesra la..aku pon cakap lah Perancis aku yang berterabur tu..”Hello! Bonjour..comment ca va?” (hoi! apa kabor?) Sekali mamat tu bedal cakap Perancis entah apa kebenda aku tak paham..pok pek pok pek! Aku macam WTF! apa dia cakap nih? Serius aku ternganga! Pastu aku tercakap kat dia dalam Bahasa Melayu, “apo kobondo ko cakap nih?” Dia pon macam aku gak kot dalam hati “WTF! apa dia cakap ni”. Lepas pada tu kami ‘bercakap’ pakai bahasa isyarat je..kahkahkah. Dah le cakap pakai tangan pastu dua-dua bantai gelak entah apa yang kami gelak pon aku xtau..lantak ko lah Encik Driver oi, janji ko paham aku, aku paham ko.

Misi seterusnya amik Ciknur! Pagi di Paris..seriously kol 8:00am adalah macam 6:00am di Malaysia. Malam tadi ada salji kot, sebab aku tengok kat rumput ada saki baki salji..kereta pon semua diselaputi salji nipis. Pemandangan cantik, tapi tak lah secantik yang semua orang sangkakan..lebih kurang macam Malaysia gak. Biasalah tempat orang, semua kita cakap cantik. Mungkin sebab tiket aku Encik Company tanggung so aku tak teruja sangat compare tu mereka yang kuar duit sendiri..kehkehkeh. Lagipon mungkin aku letih sangat2 kot. Dalam kepala aku nanti nak check in Hotel..tido je.

Ciknur sudah dikutip! Sekarang kami menuju pula ke Villers Cotterets, perjalanan memakan masa 40 minit. Kadang-kadang tu aku tergelak sebab rasa dia mmg ackward bila naik kete left hand drive..especially bila ada roundabout. Banyak kali gak aku termencarut kecil dalam hati..gila apa drive camni? But it’s normal for them lah. Kita je yang xbiasa.

Aku notice kat sini Compact Car sangat popular, bersepah2. Dan kepada orang Malaysia yang berlagak korang pakai kete Conti Pijot ke Golf ke Renault ke..toksah berlagaklah..Kete korang tu macam Saga BLM je kat sini.

Sesampai di Villers Cotterets, yeah it’s a small village jauh dari kesibukan Kota Paris..noticeable from banggunan & the kampung enviroment. Aku macam..”Wah! Senorok nih!” sebab aku memang suka enviroment kampung. Dah jemu beb dok bandar. Paham2 je lah..Ha! lagi satu..kehkehkeh. Jangan terkejut kalo korang jumpa Carrefour kat sini jual Petrol..Serious Shit! Carrefour dalam kampung plak tuh!

Sampai hotel ingat nak masuk bilik terus, aku tanya Ciknur. “Weh ko ingat tak password pintu yang diorang emailkan hari tu?” FYI, kat sini hari Ahad sini adalah pekan mati..hampir semua tutup. Hotel aku ni pon tutup sebab tu dia bagi password kat pintu masuk. Ciknur plak ng selamba, “tak! aku ingat ko tau?” Aku pon lupa! Ah sudah! Dah la beku kat luar ni! Secara kebetulan Encik Driver yang aku lupa tanya nama dia apa tu terperasan ada orang kat dalam..dia ketuk2 mintak masuk & explain apa ntah, pastu terus kami diberi kunci bilik & terus check in. Oh! thanks Encik Driver..kamu sungguh nice! Siap tolong pikul beg kami naik atas lagi. Xpe nanti ko claim bil kaw-kaw kat Boss kami ek?

The room is small but nice enough la for me..datang sini memang atas tujuan kerja kot bukan vacation. So there is no reasons to complaint this & that. Asal tak tido bawah jambatan sudah.

Jam masa tu kol 9:15am, Ciknur cakap gi la rehat dlu kol 10:30am kita gi Paris jalan2..ok set! Aku dah siap2 apa semua kami pon berjalanlah gi stesen keretapi yang tak jauh dari sini..bila dah sampai sekali tutup daa. Apo nih?! Stesen keretapi pon tutup ke hari Ahad? Apa lagi perkataan PUU~ yang besar tersemat di dalam hati..pulang ke hotel dengan penuh kekecewaan.

Takpelah.. Jumaat ni boleh gi Paris lagi. Lagipon aku punya letih pun tak hilang lagi. Boleh balik tido puas2 nih..tadi tido atas flight tak puas. Kebas bontot pon tak hilang lagi. Singgah kejap kedai roti (seb baik kedai makan bukak!) beli roti Perancis yang panjang tu sebijik harga 0.50 EUR, pastu terus balik bilik.

Bukak pintu, bukak kasut, campak roti..tido!

End of Day 1.

(gambar akan diupload kemudian, buat sementara ada dalam FB aku)

Okeh.. Kali ni aku nak story sket pasal Gadjet terbaru yang baru aku kopak dari wallet aku. Sebuah telefon HTC Desire HD. Ok, kita tolak tepi dulu pasal hardware phone ni..kita sembang pasal Android dulu.

Apa itu Android? Ia ialah sebuah OS (operating system) untuk telefon bimbit yang dibangunkan oleh Google. Dalam orang lain dok sebok cerita pasal IPhone & BlackBerry, ramai yang tak sedar dengan kemampuan Android malah ada yang meletakkannya sebagai OS utk telefon kasta rendah (I’m one of them before). Tapi terima kasih kepada sahabat baik aku, Asran Abdullah telah berjaya meracun aku untuk memperolehi sebuah Android 2.2 Froyo aku sendiri. (Asran, racun ko kalah Paraquat)

Salah satu function feveret aku yang ada pada Android ini ialah, USB Tethering. Apa tu? Orang melayu cakap, sedut internet dari phone ke komputer. Hehe~

Tak percaya? Tengok video kat bawah ni. Adalah dimaklumkan bahawa Laptop Dell Latitude ATG D630 di bawah tidak disambungkan kepada mana-mana sambungan internet seperti Wireless, Broadband Dongle ataupun LAN cable. Ia hanya disambungkan kepada phone aku melalui USB cable.

Perhatian: Sebelum play video ni, kasi slow sikit volume sebab aku lupa nak slow kan volume speaker yang aku set pada maksimum sebelum recording..sorry..

Kepada yang dah memiliki Phone Android 2.2 tapi tak reti nak buat tethering ni macam mana.. Caranya ialah, sambungkan USB cable phone korang kat laptop atau PC, then select USB Tethering function pada phone. That’s all..

So amacam? Still want the IPhone or BB?

Masih aku ingat lagi masa kecik-kecik dulu telefon-telefon lama jenis yang putar tu dan masa tu ia belum dikategorikan sebagai klasik, masih mudah dijumpai kat mana-mana rumah. Pondok-pondok telefon yang warna kuning tu bersepah-sepah..tapi seolah-olah macam sekelip mata je semua teknologi tu berubah dari sebesar-besar fon sampai ke sekecik-keciknya. Dan sekarang aku tengah taip entry ni pakai telefon je..dan aku rasa tentu akan ada yang baca entry ni guna telefon je suatu hari nanti.

(Apa aku merepek ni?)

-pen off-