Archive for the ‘Kisah Aku Dah Try’ Category

Letli ni aku asik review pasal makanan je..haha. Apa boleh buat sebab dalam pala otak aku skang nak makan je.. lagipon memang datang keje nak makan-makan dengan kawan-kawan. That’s when the life begin on weekdays from 8 to 5!

Okay lokasi kedai ni terletak di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang. Memang area ni top dengan masakan Nasi Ayam Penyet & kalau tak salah aku ni kedai yang keenam yang aku dah try ayam penyet dia kat kampung ni.

Macam mana nak datang? Ok kalau korang dari MMHE sampai je kt traffic light Kg Pasir Putih, “make a small U turn then at the first junction, turn left!” Pastu korang terus je sampai dead end, kedai tu sebelah kiri korang je. Tapi harap maaf la sebab kalo kereta korang tahap lowerd dah macam xde spring langsung or yg pakai lips R3 ke ape ke..hmm parking tepi sbb confirm sangkut!

Macam biasa, selain ayam penyet kat sini ade jugak lele (ikan keli baq hang) penyet & puyuh penyet. Nasi & ayam tu actually not really different dgn kedai lain beza dia dekat sambal & sup je.. kedai ni punya sambal mmg terbaik baq hang! Podas sungguh tapi still Ayam Penyet Lina Dollah pegang title sambal kepala berasap la. Sup dia pulak memang sup daging yang pekat & ikhlas tak macam sesetengah kedai yg sup dia cair, sup maggi ayam lagi sedap.

Servis agak slow sikit so pastikan korang allocate masa yg cukup utk makan & pergi balik ke opis jika berhajat nak lunch kat sini. Tapi mmg berbaloi menunggu.

By the way, thanks to Bro AKS sebab belanja kami makan tadi. Ayam Penyet, Lele Penyet & air utk 7 org..total RM51.50

So, resultnya..

image

Sori, terlalu kusyuk makan sampai lupa nak snap masa nasi baru sampai…so gambo pinggan kosong je la..haha.

Okep, kali ni aku nak review pasal burger plak. Kalau slalu sangat makan burger kat McD atau KFC bosan gak. So malam tadi aku memulakan pemburuan mencari burger tempatan atau nama yang lebih tipikal burger tepi jalan.

Setelah puas drive sana sini , akhirnya aku sampai juga kedai burger yang dicari.. dekat lot kedai belakang rumah aku je.

Gerai burger ni actually not looked like gerai-gerai biasa yang ade payung bawah pokok atau bawah tiang lampu. Gerai ni ialah sebuah lori mini yang diubahsuai menjadi gerai burger. Nice tactic indeed. Kalau MPPG ambush, start engine and go! Haha..

Ok, terletak berdepan dengan kedai Al-Ikhsan Taman Bukit Dahlia. Memang aku akui kawasan ni meme strategik! Senang nak parking & paling best ada meja & kerusi untuk mereka yang decide nak dine in. Jangan risau air pon korang boleh order.

Skang aku nak rate burger yang aku makan tadi, Burger Ayam Special (RM3.00). Yup aku makan sorang je sebab MCFW dah tapau Cheesey Wedges awal2..ni lah padahnya KFC tepi rumah je.

So, keputusannya:

image

Okeh, pagi tadi me & MCFW jalan-jalan poie carik bidai langsir utk dapor rumah kami. Target dah set awal2 dalam kepala nak carik kat mana, Wisma Jakel, Jalan Skudai, JB.

Selesai pembayaran, nak balik tu sempat aku terpandang sebijik Van kecik yang menjual Cendol betul-betul kat entrance nak masuk building Wisma Jakel tu.

Terliur gak tengok signboard dia, aku tarik tangan MCFW ajak pekene Cendol sepam. “Lek lu num dol lu”

Seperti biasa, fav aku; Cendol Pulut (RM1.80) MCFW ambik Cendol Kacang Merah (RM1.80).

Cendol dia ok, not bad tapi pulut dia ada gak yg aku rase macam tak berapa masak. Cendol Kacang Merah aku tak rasa sebab aku bukan fans Red Beans. Tapi dari raut wajah dia yang tembam..ternyata fail disitu. Taste bini aku lain macam sket, kalo Dr Ezani punya cook pon belum tentu lepas kat tekak dia.

So resultnya,

image