Archive for the ‘Kisah Hani Munawwarah’ Category

Day 1:

Buat pertama kali aku main game Winning Eleven dan kalah 6-0 dengan Halil a.k.a Abang Vios J je pun.. setelah 15 minit berhempas pulas, aku mengambil keputusan untuk berputus asa. Aku nak naik tido. Korang sambunglah main lah game kt bawah.

Entah pukul berapa aku tersedar dari tidur, capai phone tepi bantal, eh takde pon? Tengok-tengok ade kat bawah katil, (dem aku tersepak phone buat kali ke berapa ratus ntah ni) Try to turn on the screen, blank apa pun takde! Shitto! Rupanya cover bateri tertanggal. Cepat2 aku pasang balik, pastu on tepon.. loading 2 minit rasa mcm 2 jam..arghhh copek ah! Hah hambik ko, tons of missed call messages, whatsapp chats & sms dari Miramy yang berbunyi.. “woi campak je lah phone tu dlm lombong”. Tengok sms jam 5:30am & jam semasa kol 6:45am.. arghhh cibs!

Aku terus call Miramy, “Oi apsal call tak dapat? Wa dah turun darah ni, nak gi spital. Tp takyah rushing lagi, lambat lagi nak keluar ni”

Aku terus bersiap, masuk opis lagi awal dari boss gua sampai dia perli “did my watch ran out of battery?” Aku cakap aku nak handover semua pending job dekat ko.. aku nak cuti sampai Selasa depan, she’s coming out, my daughter!

Dia ckp “let’s do this quick”, setel ape semua, jam 8:30am aku bergerak dari Tanjung Langsat menuju ke Seremban. 2 hours journey, 10:30am aku sampai..

Miramy sempat suruh wa tapau Mekdi lagi before sampai ke wad.. dah nak bersalin pun selera macam naga..

Sesampai di ward, aku lihat Miramy sedang terbaring dan ditemankan ibu mertua ku. Riak muka bini aku macam dah tak sabar nak bersalin, hulurkan Foldover Mekdi terus disambar, ngap! Masuk mulut dengan kertas-kertas bungkus pon dia telan..

Jam 5pm, Doc datang untuk buat pemeriksaan. Jawapan dia masih sama seperti pagi tadi, ‘still 1cm la dik..’ malam ni jam 11 malam nanti kita check lagi.. Doc pun nasihatkan agar Miramy banyakkan berjalan untuk mempercepatkan proses bukaan.

Jam 5:30pm, aku & Miramy berjalan-jalan tawaf satu hospital dengan harapan ia dapat membantu pembukaan ‘jalan’ seperi yang dinasihatkan oleh doktor. Hampir sejam jugak kami berjalan.

Jam 11:00pm, doktor datang untuk check lagi.. Dapat aku lihat bini aku macam berdebar-debar & takut. Sedihnya, doktor cakap masih 1cm lagi.. kesian aku tengok bini aku, memang dia sangat kecewa. Aku pujuk-pujuk sikit, gurau-gurau macam biasa mana lah tau kot tgh tido nanti dia bukak, usik aku.

Day 2:

Kami bangun awal untuk diperiksa oleh Doc, kami lupakan apa yang berlaku semalam dan masing-masing happy sebab Doc dah panggil masuk Labour Room. Tapi…fuuuuuuuuuuuu~ Still 1cm!! Lepas tu kami terus decided nak induced sebab maybe it’s the only way dengan harapan kali ini ia berjaya..

Sekali induced, 1 cm jugak.. dua kali induced, aiyoooo 1 cm jugak. Just imagine, contraction ada, baby menendang-nendang mahu keluar tapi sampai ke petang lansung tiada tanda-tanda bukaaan akan menjadi lagi besar.

Finally, kami decide untuk bagi baby keluar ikut tingkap, ceasarean method. Sebab aku dah tak sanggup tengok Miramy tahan kesakitan, Doc cakap if tunggu lagi sehari maybe boleh bukak tapi jika bukak pon belum tentu bini aku ade tenaga nak push baby keluar nanti end up kene pakai vacuum, worst case end up with ceasar jugak.

So, malam tu jam 10 malam Miramy pon memulakan puasa selama 8 jam sebagai preparation untuk pembedahan esok pagi. Tapi malam tu sempat gak melantak eskrem sebaldi & ayam goreng mekdi patploh ketul!! Sahur kata dia..

Day 3:

Awal pagi doc dah panggil untuk buat pemeriksaan terakhir, selesai ape semua kami pon masuk balik bilik dan nurse pon datang cucuk itu cucuk ini kt Miramy, mentang-mentang dia gemok sedap je korang cucuk-cucuk dia..hampeh.

Jam 10:30am, Miramy dibawa masuk ke operation theater. Masa tu family kami semua dah sampai, sebak gak hati aku tengok dia kene tolak masuk..tapi disebabkan tengah control macho depan nurse-nurse kat situ, wa maintan muka macam Sivaji the Boss..

Seriusli aku cakap, menunggu depan operation theater memang super saiko! Aku ingat this only happens in the movies.. Duduk tak kene, cangkung tak kene, kentut pon tune lari..dem! Semua serba tak kena.. Doc cakap sejam je, ni dah nak kol 12pm dah ni..mano anak gua?

Dumm! Pintu operaton theater terbukak, nurse tengah sorong newborn cart..semua family aku & Miramy datang terjah! Sekali tengok baby lelaki..eh?? Bukan anak aku perempuan ke? Sekali salah baby lah..hadoiyai!

Tepat jam 12:10pm, sekali lagi pintu terbukak..masing-masing kali slow je jalan gi dekat baby yg keluar tu. Sebab tadi malu besar liao.. Baby girl..ok check! Mother’s name: Noor Amira Adnan..check! Okay sah ni anak aku!

Alololololololo…comelnya (puji anak sendiri..so?) lega & syukur yang teramat sangat tengok baby aku cukup sifat & aku tanya nurse “bini gua macam mana bro? okay?” She’s fine both of them are okay!

Maka, pada tengah hari, tengah bulan & tengah tahun lahirlah puteri sulung ku Hani Munawwarah binti Mohamad Hafifi.

Syukur alhamdulilah..

Okay sedikit info kenapa selama 3 hari menunggu after keluar darah & induced bukaan masih lagi 1cm? Jawapan ni ditemui semasa doctor tengah operate bini aku, ini adalh disebabkan ada fibroid sebesar 3cm betul-betul parking dilaluan baby nak keluar. Doctor cakap, sebab tu lah baby tak boleh nak turun, laluan dia tersangkut. Masa scan memang tak nampak fibroid tu..this is so unsangkarable!

sekian

-pen off-