Archive for the ‘Kisah Hari Ni AKu Terkena’ Category

Topik kali ini sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin terutamanya lelaki yang menghadapi dilemma ‘single pack’, ‘pouch bag’ atau dalam bahasa inggerisnya..Buncit.

Pernah tak korang pada satu tahap begitu tekad dan nekad untuk mengembalikan keadaan perut korang kepada asal? Terutamanya bila banyak baju & seluar yang membuatkan korang rasa diri korang kacak suatu ketika dahulu kini hanya terlipat dalam gebok tunggu masa untuk dibuang, bila ramai yang menegur ‘humang aih..biar betol’ atau bila doktor dah bagitau BMI awk sudah melebihi paras ideal.

Ia ini semua berlaku kepada aku, fuuuuuu. Wa dulu slim habaq hang skang dah boyot pun hadoi.. pagi tadi siap bawak nestum 3 in 1 bajet nak kasi kenyang, supaya lunch nnt makan roti pon jadilah..punyalah tak nak makan nasik.

Sekali dah sampai Medan Selera Sarang Buaya a.k.a Sarbu (melalui Litar Sarang Buaya) dan dihadapkan pulak dengan lauk-lauk berpuaka ni..hmmm hancur..

image

Di tambah plak dengan harga macam tu.. errr..takpe lah malam ni tak yah makan nasik ye Hapipi.

(iklan ini ditaja oleh makcik & pakcik owner kedai makan dekat Sarbu..kthaxbye)

-pen off-

First of all, thanks a lot to all my fellow readers even ada antara korang semua memang aku tak kenal. Still, thanks a lot.

Okay, hari ni wa nak share sikit stats yang aku berjaya collect dari apps WordPress for Android ni.

Total views since Day 1 (July 2010): 5262 views!

Top 5 referres:
1. Facebook
2. Google Search
3. Baik Punya.com (huh?)
4. Twitter
5. SatriaNeoClub.com

Most search terms:
1. Servis aircond,
2. Repair aircond,
3. Tips cuci kereta

Kesimpulan:
Muahaha! Aku rase pasni aku nak bukak blog pasal servis aircond lah. Rupanya org view blog ni sebab nak servis aircond je..

Tapi tak kisah la, sebab dari aircond jugak org akan view post2 yang lain..lagi pon steps cuci filter aircond tu pon aku belajar dari orang lain & memang patut pon kita kene share balik. Sharing is caring..

So, target tahun 2012 aku nak bagi angka views cecah 10,000! Tapi ini tak bermakna aku akan spam post rubbish sebab nak kejar views.. biar orang dtg sebab kualiti bukan kuantiti. #emo sebab terlalu ramai mereka yang tiru gaya Obefiend sebab nak blog depa ‘laku’. They writes for fame and not for self satisfaction. Find your own identity, it’s what readers looking for.

December 2009, Shah Alam.

Aku ingat lagi masa DSZ “kononnya” nak hand over kereta aku kat aku masa Majlis My Proton Journey Southern Edition.

Tiga Budak Botak

DSZ: Awak ambik Neo CPS ke?

Aku: Haah. Awat?

DSZ: Huh terbang la satgi nih..

Aku: (tersenyum bangga, bontot kembang)

Setahun 3 Bulan kemudian,

Baru aku paham, apa maksud DSZ..

“Duit aku yang terbang”….

-pen off-

Seriously. LOL!!

Semalam aku post gambar ni kat FB dengan title Majoriti & Minoriti.. Serius tahi suci aku saje-saje post gambar ni, tapi tak tau plak ada yang menunggu peluang untuk membalas..Buahahahan!

Majoriti & Moniriti

Akan TETAPI!! Hari ni aku dibalas pula dengan gambar ini.. dengan title Majority vs Minority.

Majority Vs Minority

Balas Dendam

Oh! Terasa berbogel di khalayak ramai..

-pen off-

Credits to Tang Wei Chian, View the Original 1st Pic, View the Revenged Pic.