Archive for the ‘Sesuatu untuk di kongsi bersama’ Category

Topik kali ini sesuai untuk mereka yang sudah berkahwin terutamanya lelaki yang menghadapi dilemma ‘single pack’, ‘pouch bag’ atau dalam bahasa inggerisnya..Buncit.

Pernah tak korang pada satu tahap begitu tekad dan nekad untuk mengembalikan keadaan perut korang kepada asal? Terutamanya bila banyak baju & seluar yang membuatkan korang rasa diri korang kacak suatu ketika dahulu kini hanya terlipat dalam gebok tunggu masa untuk dibuang, bila ramai yang menegur ‘humang aih..biar betol’ atau bila doktor dah bagitau BMI awk sudah melebihi paras ideal.

Ia ini semua berlaku kepada aku, fuuuuuu. Wa dulu slim habaq hang skang dah boyot pun hadoi.. pagi tadi siap bawak nestum 3 in 1 bajet nak kasi kenyang, supaya lunch nnt makan roti pon jadilah..punyalah tak nak makan nasik.

Sekali dah sampai Medan Selera Sarang Buaya a.k.a Sarbu (melalui Litar Sarang Buaya) dan dihadapkan pulak dengan lauk-lauk berpuaka ni..hmmm hancur..

image

Di tambah plak dengan harga macam tu.. errr..takpe lah malam ni tak yah makan nasik ye Hapipi.

(iklan ini ditaja oleh makcik & pakcik owner kedai makan dekat Sarbu..kthaxbye)

-pen off-

Sebagai salah seorang pengguna Satria Neo, aku rase aku patut share info ni kepada semua pengguna Satria Neo lain yang berada di luar sana. (Terutamanya untuk rakan-rakan SNC, R3LRT, SNCT & Neo Group of Putrajaya)

Benda yang aku nak bagitau ni ada terletak dibahagian bonet belakang, kalau takde, maka ia adalah satu masalah yang SANGAT serius!! Aku rase korang patut pergi claim dekat Proton Center yang berhampiran kerana ia adalah sangat berguna terutamanya kepada mereka yang sudah berkeluarga.

Benda yang aku maksudkan ialah…

image

Dijamin selamat, tak kan bergolek, mahupun pecah as long as it is tergantung..hahaha!

-pen off-

Okep, kali ni aku nak review pasal burger plak. Kalau slalu sangat makan burger kat McD atau KFC bosan gak. So malam tadi aku memulakan pemburuan mencari burger tempatan atau nama yang lebih tipikal burger tepi jalan.

Setelah puas drive sana sini , akhirnya aku sampai juga kedai burger yang dicari.. dekat lot kedai belakang rumah aku je.

Gerai burger ni actually not looked like gerai-gerai biasa yang ade payung bawah pokok atau bawah tiang lampu. Gerai ni ialah sebuah lori mini yang diubahsuai menjadi gerai burger. Nice tactic indeed. Kalau MPPG ambush, start engine and go! Haha..

Ok, terletak berdepan dengan kedai Al-Ikhsan Taman Bukit Dahlia. Memang aku akui kawasan ni meme strategik! Senang nak parking & paling best ada meja & kerusi untuk mereka yang decide nak dine in. Jangan risau air pon korang boleh order.

Skang aku nak rate burger yang aku makan tadi, Burger Ayam Special (RM3.00). Yup aku makan sorang je sebab MCFW dah tapau Cheesey Wedges awal2..ni lah padahnya KFC tepi rumah je.

So, keputusannya:

image

Okeh, pagi tadi me & MCFW jalan-jalan poie carik bidai langsir utk dapor rumah kami. Target dah set awal2 dalam kepala nak carik kat mana, Wisma Jakel, Jalan Skudai, JB.

Selesai pembayaran, nak balik tu sempat aku terpandang sebijik Van kecik yang menjual Cendol betul-betul kat entrance nak masuk building Wisma Jakel tu.

Terliur gak tengok signboard dia, aku tarik tangan MCFW ajak pekene Cendol sepam. “Lek lu num dol lu”

Seperti biasa, fav aku; Cendol Pulut (RM1.80) MCFW ambik Cendol Kacang Merah (RM1.80).

Cendol dia ok, not bad tapi pulut dia ada gak yg aku rase macam tak berapa masak. Cendol Kacang Merah aku tak rasa sebab aku bukan fans Red Beans. Tapi dari raut wajah dia yang tembam..ternyata fail disitu. Taste bini aku lain macam sket, kalo Dr Ezani punya cook pon belum tentu lepas kat tekak dia.

So resultnya,

image

Menulis entry kali ini membuatkan aku berfikir panjang sebelum aku klik button post. Sebab dengan mengepost entry ni maka jatuh lah saham wa yang bernilai dua puloh lima dirham! Haha! (mampos kalo bini aku baca ni)

OK macam ni lah, dipendekkan cerita tanggal 16 September 2011 yang lalu sebagai anak Malaysia yang patriotik aku melafazkan akad nikah dihadapan Pak Mertua aku a.k.a Haji Nan sebanyak 3 kali lafaz pada jam 8:30 malam. (3? ada aku kesah?) Maka disaat itu sah lah aku menjadi suami kepada isteri aku, Puan Miramy a.k.a my cute fat wife!

Hangpa nak gelak hangpa gelak lah..yang dah kawen tau la macam mana rasa dok atas bantal kecik masa nak angkat nikah tu. Masa tu kalo ade orang tampor muka korang laju-laju pon dah tak rase ape.

Selesai acara angkat nikah, maka sampai acara batal air solat. (aku skip la acara2 lain). The moment I’ve been waiting for..peluang ini hanya datang sekali sahaja seumur hidup melainkan korang ada pasang niat nak nikah 4 kali. Semua tau pas sarung cincin kan masa tu kita semua akan menggedikkan diri utk mencium dahi isteri dengan penuh kelembutan dan dalam masa yang sama menahan muka yang penuh kerakusan sambil melihat jam alahai baru kol 9 ke?

Masa tu jugak abang photographer Encik Azam cakap, ok pi..cium tu hold lama sket nak shot gambar nih..aku pon apa lagi..mmwwaahhhhh! Hold lama2..dan tetiba muka Miramy berubah serta merta dari penuh keayuan menjadi berkedut menahan siksa! Ya..sebelum datang nikah aku dah pekena nasik & petai kaw kaw! Hahaha..Ambek kau Miramy!

But well deep in my heart, I love you Miramy.. lain kali kalo kawen lagi dengan orang lain saya tak buat dah ek?

                   DSC_4272-picsay

Credits untuk jurugambar kami: Bro Azam Hashim, http://blog.azamhashim.com/

-pen off-

image

Aku akui memang lama gila kot aku tak update blog & post ape2 kat RU.

Serius tahik aku sibuk manjang, laptop pon dah xde, rumah plak xde internet so what can I do?

Pakai phone je lah..

Tapi draft post memang banyak & lama gila bersarang dalan kepala hotak aku ni. Ade banyak yang aku nak share dengan korang seperti wedding wa, trip to Krabi, new WSW version 2.1 liao..haha! Banyak lagi lah.. so tunggu je..

-pen off liao-

Bukan Malaysia je ade 1Malaysia, hantu pon ade etnik mereka sendiri. Aku yakin terutamanya mereka yang dilahirkan pada zaman 80-an sudah tentu mengenali semua Vampire kt bawah.

Malay Vampire (Puntianak/Kuntilanak)

Tergolong dalam kumpulan hantu yang paling popular dalam masyarakat Melayu. Same old shit, perempuan, hodoh, rambut panjang, mata merah, mati sebab bersalin…bla bla bla. No need to explain more.

(Jangan tanya kenapa aku letak gambar Maya Karin dan bukannya real Puntianak. Jawapan dia ialah aku cuak sebab skarang dah lewat malam & aku dok sorang, end of story.)

Chinese Vampire (Jiang Shi)

One of my favourite! The Hopping Chinese Vampire. Ini lah Vampire yang paling seronok ditonton waktu kecik dulu! Bukan sekadar menyeramkan, Vampire ni juga ialah Part-Time Comedian+Martial Artist. Sebab dia lawak & pandai berkungfu! Sami yang nak meng-exorcist-kan dia pun perlu mahir berkungfu secara serius.

Indian Vampire ( BrahmarākŞhasa)

Seriusly, bukan niat aku nak troll Indian Vampire, tapi maklumat mengenai mereka memang sangat lah sedikit. Ini mungkin kerana kita kurang didedahkan dengan unsur-unsur tahyul masyarakat India di TV3 mahupun Astro B4U. The only Indian Ghost yang aku kenal ialah Hantu Gelimat! So sesiapa ada info pasal Indian Vampire silalah share dengan aku.

Western Vampire (Edward Cullen)

Disebabkan terdapat ramai expat dari negara barat yang bekerja di Malaysia, maka apa salahnya kita selitkan Vampire depa kat sini. Takut nanti kekecikan hati pula pun~

-pen off-