Archive for the ‘WSW’ Category

Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya kat aku…

Macam mana CPS ni berfungsi?

Apa maksud CPS?
Cam Profile Switching

Apa itu CPS?
CPS, Mivec, Vtec..semua teknologi yang sama. Valve lifting.

Apa beza?
Imagine KFC, McD & Otai Burger.. Semua ada jual burger kat kedai masing2..tapi rasa semua lain2 kan?

Kenapa CPS tak power mcm Vtec?
1. Sebab valve lifting hanya pada intake cam..Vtec ada kat intake & exhaust.
2. Sebab nak reduce cost.
3. Sebab kita duduk di Malaysia. Nothing’s cheap!

Model Proton apa yang pakai CPS?
Satria Neo, Gen-2, Waja & Exora

Bila CPS activated?
Gen-2, Waja & Exora @3.8k rpm
Satria Neo @4.4k rpm

Kenapa Satria Neo tak sama macam yang lain2?
1. Entah.. katanya revised for more aggressive driving. Cuba tanya Datuk Syed Zainal..

Kalau saya pakai CPS ni apa mod yang best untuk improve power?
NEVER! Toksah gatal2 nak mod..pasti ko akan menyesal macam aku.

Kenapa plak?
Once u start..u can’t stop! There no ending on a NA modification.. you’ll just keep losing all your hard earned money dude.

Kalau degil gak nak mod..apa nak pasang?
1. A good exhaust system + Exora Manual Gearbox
2. Go for turbo.. 7k++ end of story.
3. Lantak ko lah..

Dalam engine CPS ada VIM. Apa tu VIM?
Variable Intake Manifold

Apa fungsi VIM?
VIM switches between a long intake manifold at low RPMs and a short intake manifold at higher RPMs. According to Proton, a longer intake manifold is used at low RPMs to achieve slower air flow; this promotes better mixing with fuel. The short intake manifold allows more air in faster. This is beneficial at high RPMs.

Eh Campro IAFM pon ade VIM. Apa beza?
VIM in IAFM activated guna vacuum (mechanically)
VIM in CPS activated guna electronic (@ 4.8k rpm)

Apa jadi kalau VIM rosak atau tak berfungsi?
pada RPM tinggi (4.8k rpm above) ko akan rasa seperti memandu sebuah Buggati Veyron… 5.0L petrol per kilometer. (happened to me)

Kenapa Satria Neo CPS beza harga sampai RM9k compare to Satria Neo biasa?
Sebab dia bukan Myvi SE.

Semua fakta kat atas ni betul ke ko tipu aku?
Haah aku bohong je..Buahahahahan!

Jahanam!

-pen off-

Sumber: hasil penipuan aku..

Advertisements

Kisah Enche WSW: Babak 3

Posted: September 13, 2010 in WSW
Tags: ,

Berikut ialah sedikit statistik yang aku rekod sepanjang perjalanan aku pulang ke kampung di musim perayaan. Motif utama ialah untuk mencapai misi 300km dengan separuh tangki minyak dan membuktikan yang mod kereta tidak akan memarakan minyak korang jika betul caranya.

Pada 9 September 2010.

Laluan: JB – KL
Cuaca: Siang, Panas terik
Trafik: Normal
Petrol: Shell V-Power 97
Tekanan Tayar: 31/28 psi (depan/belakang)
Aircond: ON sepanjang masa
Purata Kelajuan: 120 – 130km/h

IMAG0263 IMAG0262

Result: Half Tank = 275.3km @ 5.7L/100km

Pada 12 September 2010.

Laluan: KL – JB
Cuaca: Malam, Sejuk
Trafik: Normal
Petrol: Petronas 95
Tekanan Tayar: 33/30 psi (depan/belakang)
Aircond: ON separuh/ OFF separuh
Purata Kelajuan: 120km/h

IMAG0267 IMAG0266

Result: Lebih sikit dari Half Tank = 310.2km @ 5.5L/100km

Kesimpulan:

  1. Travel pada waktu malam & sejuk terbukti menjimatkan petrol. Bunga tayar pun sebenarnya lambat sikit nak haus sebab jalan tak panas macam siang maka geseran pun kurang sikit.
  2. Tekanan tayar juga memainkan peranan, lagi tinggi tekanan lagi ‘ringan’ kereta sebab luas permukaan tayar dengan jalan semakin kurang maka kurang lah geseran tetapi grip dan handling juga menjadi kurang memuaskan dan sedikit bumpy.
  3. Aku boleh katakan yang minyak Ron 97 lebih menjimatkan berbanding Ron 95, sebab masa aku travel siang aku follow kereta member aku (Toyota Altezza) agak kerap aku tekan sampai 140km/h. Masa travel malam aku jalan sorang-sorang dan memang aku constant 120km/h sebab kereta banyak.
  4. Cuba tengok dari segi penggunaan aircond pula, siang panas so aku bukak la aircond sepanjang masa. Tapi bila malam aku pakai aircond separuh perjalanan je sebab masa tu dah jam 2 pagi. Tau-tau lah aircond Proton macam mana, naik beku aku dibuatnya. Hasilnya, penjimatan sehingga 30km perjalanan. Itu pun aku pakai Ron 95, so kalau pakai Ron 97 mungkin ada perbezaan.

Aku sudah hampir berjaya untuk mencapai misi Half Tank 300km, mungkin dengan sedikit tweak sana sini misi ni boleh berjaya. Sekaligus membuktikan yang jika kita boleh apply The Golden Right Foot Law maka fuel efficiency  bukan lagi masalah even jika kita sudah mod engine. Sebarang komen atau pertanyaan sila ajukan tanpa segan silu.

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer. Tandatangan tidak diperlukan

Kisah Enche WSW: Babak 2

Posted: August 2, 2010 in WSW

Oh~ akhirnya setelah 23 ribu kilometer roda Enche WSW berputar, aku telah menjumpai kombinasi minyak petrol & minyak hitam yang paling harmoni dengan nadi penggerak Enche WSW. Setelah bermacam-macam kombinasi yang aku cuba tetapi hasilnya memang tidak mampu menandingi formula kali ini (buat masa ini). Aku kongsikan dengan semua pembaca blog aku yang aku hargai sangat-sangat.

Kombinasi yang aku maksudkan ialah:

S4PH-CPS + Caltex Ron 95 petrol + M7 10W-40 Fully Synthetic engine oil = Harmony & Peaceful.

Hasilnya memang ketara sekali, apa yang aku cuba sampaikan di sini ialah betapa smooth nya enjin semasa Enche WSW meluncur di jalan raya.

Untuk pengetahuan semua, Enche WSW dijana oleh kuasa enjin Campro S4PH-CPS yang amat cerewet dengan penggunaan minyak enjin mahupun petrol. Pada mulanya dah macam-macam minyak petrol yang aku cuba untuk puaskan dahaga Enche WSW aku, dari Shell V-Power, Shell 95, BHP, Petronas, Esso/Mobil & Caltex. Berikut adalah testimonial aku terhadap jenama-jenama minyak petrol yang sudah aku cuba.

      • Shell V-Power: Minyak yang pertama aku isi dalam tangki Enche WSW = sangat parak, cepat betul habis.
      • Shell 95: Boleh lah, aku takde rasa apa-apa yang berbeza. Mungkin sebab dah biasa tuang dekat Kancil mak aku dulu.
      • BHP: Performance wise memang ada peningkatan, pick up tu ada sikit rasa. Fuel efficiency bagus.
      • Petronas: Performance normal, Fuel efficiency sangat bagus.
      • Esso/Mobil: Aku jarang sebenarnya isi minyak ni, sebab susah nak jumpa dekat area aku tinggal. Tapi Performance normal, Fuel efficiency normal.
      • Caltex: Performance & fuel efficency aku belum cuba lagi, tapi level of smoothness dia memang yang terbaik. Aku akan update bila aku berjalan jauh pulang ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Apa rahsia yang ada pada minyak Caltex ni? Aku selidik punya selidik, rupa-rupanya jawapan dia ada pada formula Techron. Apa itu Techron? lain kali lah aku kupaskan. Kalau rajin, korang Google je..

-pen off-

Ini adalah cetakan berkomputer, tandatangan tidak diperlukan

Kisah Enche WSW: Babak 1

Posted: July 30, 2010 in WSW
  • Front Strut Bar
  • Rear Anti-Roll Bar
  • 4-2-1 Exhaust System
  • Polished Throttle Body
  • Bendix Metal King Brake Pad
  • Proton R3 Aluminum Gear Knob
  • M7 10W-40 Super Street SM-CF Engine Oil
  • Denso Iridium IT20
  • Stainless Steel Air Filter
  • Adjustable Fuel Regulator
  • Adjustable Cam Gear

Wish List gua

  • Pro RS Steel Braided Brake Hose
  • Bridgestone Potenza RE001 205-45-R16
  • Haltech Platinum Sprint 500

Still far to go to achieve my dream..