Bukit Botak (Bukit Tok Gula) Bandar Baharu, Kedah Trail Review.

Macam biasa setiap kali hampir ke hujung minggu, abang akan contact membe kayuh di kampung sebelah dengan mesej Bahasa Jawa yang berbunyi “Hey mate, where are we going this Sunday?”

Bukit Botak! Jawapan yang sangat bersahaja.

Abang memang dari dulu kalau lalu Highway Plus nak balik ke Penang, memang selalu perasan ada 1 bukit ni sebelah kanan selepas tol Bandar Baharu, Kedah.

Nama sebenar bukit ni ialah Bukit Tok Gula, tapi sebab dia dah botak kami panggil Bukit Botak.

Ibarat cart kita dalam Shopee yang tetiba ada orang bayarkan (Pucuk dicita, ulam mendatang) abang terus ON!

Perjalanan dimulakan dari port biasa kami di Kampung Sungai Kechil Ilir dan mengambil masa lebih kurang 35 minit untuk ke kaki Bukit Botak. Sepanjang perjalanan memang 100% road melalui jalan kampung. Trafik kurang sibuk sebab kami mula awal, dah nama pun nak pergi Bukit Botak satu pokok pun takda, sure panas giler kalau lambat.

Jalan Kampung menuju ke kaki Bukit Botak.

Sebaik sahaja sampai di kaki Bukit Botak, nah kau dia terus bagi climbing loose gravel batu besar-besar penumbuk. Dah la menatang Enduro ni payah nak climbing even jalan rata. So tawakkal je lah.

Difficulties: Hard.

Sejujurnya memang payah nak climb bukit ni, sebab memang pacak, ditambah pulak dengan loose gravel. Abang pun terciduk masa climb dan terpaksa akur dengan menolak sahaja. Safety first! Ni kalau jatuh kepala memang makan batu.

Sampai sahaja dekat hujung climb, tanah merah pula disajikan. Okay sikit lah nak climb tanah padat macam ni. Actually kalau korang naik & nak menuju ke puncak ada je shortcut boleh naik terus tapi kami choose untuk naik ikut belakang bukit, which kami kena turun balik then start climbing dari bawah (kerja gila kan?)

Rasa penyesalan kenapa lah kita turun balik?

Masa nak climb balik, nah kau matahari betul-betul depan muka. Jam baru pukul 9am (takpa vitamin orang kata) Tapi memang lepas satu, satu bukit dia bagi. Bukan kaleng-kaleng trail ni. Heart rate abang pun dah berapa kali cecah maksimum. (Over 185bpm) Yer bahaya, akan abang perbaiki kekurangan ni & lebih alert bila alarm max heart rate dah berbunyi.

Average 159bpm, ko rase?

Abang teruskan perjalanan naik solo sebab abang tau abang yang paling slow, so sementara orang kata ‘angin’ dok ada lagi abang ‘tinggal’ kan dulu yang lain, nanti asik stop je badan jadi berat.

Okay kita dah sampai ke second last point sebelum kita sampai ke puncak. Masa ni abang memang dah pewai habis. Dengan panasnya Masyallah! Dah la ko botak! Panas plak tu.

Kat sini abang rehat kejap, kasi heart rate turun balik ke Zone 3. Then terus abang naik ke atas. Masa ni member-member kategori kaki besi dah sampai dulu (Syukri & Ruslan) siap bergambor ko! Kita dah separuh nyawa, depa buat sesi fotografi.

Jangan tanya kenapa tuan tanah tak tebang 5 batang pokok tu sebab abang pun tak tau.

Korang nampak kan puncak 5 batang pokok tu? Ha itu lah tempat kita nak tuju. Abang naik solo lagi kali ni, sementara heart rate masih lagi dalam zone 3. Bukit last ni pun boleh tahan pacak, gear 12 Speed abang dengan gigi 50t + chainring 30t kat depan dapat average speed 4kmh je.. Ya Allah dugaan apakah ini? Dan akhirnya.. abang sampai juga ke puncak!

The view is majestic! Itu sahaja yang abang mampu ungkapkan. Penat lelah naik bukit tu terus hilang. Walaupun panas, tapi kat atas ni berangin..syok je. Detail pasal puncak ni korang boleh tengok dalam video kat atas.

Masa untuk turun.

Kan tadi abang cakap climbing sini macam harem! So, masa turun ni lah abang guna fork travel 160mm, rear shock dan kuasa bulan untuk menghukum mu!

Fuh puas hati kau! Ha ambik!

Long story short, lepas turun kami pergi minum sat.. then balik. Geng-geng cakap kita balik ikut Serdang.. abang terus termenung jauh sebab mengenangkan kena climb Bukit 300 plak.

Bukit dan bukit lagi

Ko tengok lah weh.. ingat dah terlepas dari seksaan climbing. Sekali ada lagi satu musibat bukit menanti dekat depan. Tapi nak taknak kena la balik gak, tak kan nak tido kat kedai makan tu? Perjalanan balik pun 100% on road, dengan suhu 38 darjah celcius. Sampai orang pun pelik dah kenapa basikal enduro layan on road panas-panas tengah hari buta camni? Buang tabiat ke ape?

Abang dah takda mood nak ambik gambar dah masa ni, dalam kepala just saying aku nak balik cepat & makan nasi sama tinggi macam bukit-bukit yang aku climb tadi. Dia kalau tak panas tu takpa.. ni dia punya panas sampai Solar Intensity meter pun off chart!

Masa ni dah dalam kereta sambil nanyi, “Alhamdulilah syukur nikmat, Malaysia maju rakyat selamat”

So! After 40KM of skin barbecue session.. kita sampai semula dekat mana kita start tadi. Nah ride analysis dari Strava.. abang pakai data dari Strava kali ni sebab Garmin abang punya Elevation mengila..bodo!

Yang mana pandai baca tu tolong ajar kawan-kawan sebelah ye.

Kesimpulannya:

Difficulties: Ia adalah sebuah loop yang pada kemampuan abang sekarang memang agak payah. Kena banyak lagi training.

Fun Factor: Downhill sikit sangat lah. Kalau tak panas mungkin lebih seronok.

Repeatable: Erm maybe after abang dah ada basikal yang lebih sesuai. Enduro machine is not suitable for this.

Satisfaction: Puas sebab dapat naik Bukit Botak & dapat habiskan loop 40km.

Sampai kat rumah terus abang mencari nasi. Balas dendam time! I didn’t burned 2600 calories for nothing!

Kari daging + kangkung sambal + sambal balacan + nasik 300 kaki.

Full video untuk trip kali ni akan abang share once kawan abang dah upload ke channel Youtube dia ada di bawah dalam 3 bahagian. Credits to Syukri Karem.

Sekian sahaja untuk kali ini. Next review in 2 weeks time (insyallah). Minggu depan abang pergi holiday sambut merdeka!

-pen off-

Published by Muserella

Just a simple minded person who loves simplicity.

Leave a comment